Wednesday, October 28, 2009

Rumahtangga Hilang Perencah

artikle dari : ABU SAIF @ www.saifulislam.com

“Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.

“Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu,” jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.

Wajah suami menjadi kelat.

Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang.

“Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien,” adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.

“Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak di atas almari ini,” jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.

Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.

SEMUSIM TELAH BERLALU

Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu.


Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri. Jika dahulu, had 160 karakter pada SMS itu menambah sulit untuk pesan-pesan dihantar antara dua pasangan yang bercinta, kini 160 karakter itu sering sahaja berbaki. Bukan kerana banyak ringkasan ejaan, tetapi banyak ringkasan pesan.


Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku di antara suami dan isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat-matlamat harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.


Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata-kata hariannya kepada pasangan?


Arahan?
Suruhan?
Permintaan?
Larangan?Kritikan?

MINIT-MINIT PENENTU

Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara di minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ialah ‘arahan’ biar pun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.


Assalamualaikum,” kata suami semasa isteri membuka pintu kereta.

“Waalaikum al-Salaam. Amboi cerianya muka abang. Ada berita baikkah?” jawab si isteri, beserta kenyataan yang memperlihatkan kepekaannya ‘membaca’ suami.

“Oh, tiada apa-apa. Projek abang dah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang” balas suami. Bijak mewujudkan ‘berita baik’ walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri semasa terperangkap di kesesakan jalan raya tadi.


“Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau di malam hari. Abang kalau runsingkan sesuatu sampai bercakap dalam tidur, tau” tambah si isteri.

Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua-duanya. Si suami biar pun sudah 10 tahun berumahtangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum-senyum berdiri di bawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.


DIALOG PEROSAK

Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini:

“Assalamualaikum. Lama tunggu?” tanya suami kepada isteri setelah tiba lewat sedikit akibat traffic jam.

“Wa ‘alaikum al-Salam. Biasa aje. Abang jom pergi kedai sekejap. Tadi bibik sms, katanya sabun mandi anak sudah habis,” jawab isteri, beserta ‘permintaan’.

“Ok,” jawab suami, benar-benar ringkas.

“Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan. Rasa bengkak tangan ini dibuatnya,” kata isteri sambil menunjukkan tangannya.


Suami hanya menjeling di hujung mata.

“Jadi minggu depan, you balik kerja lewatlah ya?” tanya suami.

Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.

“Agaknya” balas isteri.

Suami terus memerhatikan trafik.

Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap.

Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta.

Kedua-duanya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing-masing gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.


RAFAS DAN JANGAN RAFAS

Pernahkah kita terfikir mengapa di dalam suasana-suasana tertentu, kita dilarang daripada mengungkapkan kata-kata atau melakukan sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai rafas di dalam al-Quran dan al-Sunnah? Bagi mereka yang berada di dalam ihram, atau yang sedang berpuasa khususnya di bulan Ramadhan, larangan terhadap unsur rafas itu diulang berkali-kali.


Rafas ini adalah perkataan atau perbuatan yang bersangkut paut dengan seks, bermula daripada cakap-cakap dan tindak tanduk hinggalah membawa kepada menggauli pasangan.

Jika negatif ia bernama lucah.
Jika positif ia bermaksud intim.

Kedua-duanya harus dielak tatkala sedang berihram atau berpuasa kerana kondisi masing-masing yang sedang ‘terbatas’.

Tetapi ketika suami dan isteri tidak berihram mahu pun berpuasa, ‘berrafaslah’ kamu antara satu sama lain!

Ia tidak sama sekali bermaksud melucahkan perkataan atau perbuatan. Tetapi apa yang diperlukan dalam hubungan suami isteri adalah kata-kata dan perbuatan yang intim serta menerbitkan rasa cinta.


HAMBAR DAN HILANG ‘SENSE OF HUMOR’

Seandainya suami yang balik bekerja, mengajak isteri berbual tentang pandangannya berkaitan dengan perkembangan Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, atau gosip ekonomi di saluran Bloomberg, di manakah saluran untuk terbitnya rasa cinta dan mesra antara pasangan berkenaan?


Mungkin pandangan ini lebih perlu ditegaskan kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh di medan dakwah. Kita pasti, ramai daripada kalangan aktivis dakwah yang berkahwin adalah di atas faktor-faktor yang tinggi, dan bukan didorong oleh kecantikan isteri, atau ketampanan suami.


Tetapi, biar pun perkahwinan itu bukan kerana kecantikan, janganlah sampai sang suami langsung tidak pernah menghargai kecantikan isteri.
“Abang, cantik tak baju raya saya ni?” tanya si isteri yang baru membeli baju raya dengan warna sedondon baju raya suami yang telah ditempah lebih awal.

“Hmm…” jawab si suami, langsung tidak menampakkan sebarang emosi.
Lebih teruk lagi, jika usaha isteri untuk berhias, diperlekeh pula oleh si suami.

“Ok la, berbanding dengan nangka berbalut kain batik di pokok tu!” kata suami.

Aduh, hancur hati isteri mendengarnya.

TELADAN NABAWI

Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam ‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.


“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.


Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”

‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”


Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”

‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melaratJika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seriBercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar

Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah dan berkata, “kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153]


Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.


Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!

Keindahan Rumahtangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada Syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda pada menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.


Justeru bagi para suami dan isteri yang sudah masuk sedekad mengharung kehidupan, hitungkanlah kata-kata dan perbuatan seharianmu. Apakah ia baja menyubur cinta, atau bahang kemarau gersang.


Bertindak sebelum terlambat.

Mencegah lebih indah daripada mengubat.

Hambar kata mendingin rasa, perang tanpa berkasar suara, sebelum tiba malang dan petaka, beringat-ingatlah meniti usia.

Saya: Amat suka bila membaca coretan ini. Cukup untuk meninggalkan kesan di hati. Semoga rumahtangga saya dan suami dihindari dari situasi begini.

Tuesday, October 27, 2009

Hujung minggu dan Hari Isnin

Jumaat malam dapat sms dari atie. Dia bagitau nak datang umah. Short notice okeh. hahahah. Mula ingatkan nak masak makan tengahari dgn lauk pauk biasa, tapi lepas tu tukar plan. Masak nasik ayam. Lagi pun Hadif gemar makan nasi ayam.

Pagi Sabtu tu, kami dua beranak pi Econsave, beli bahan-bahan nak masak nasi ayam. Beli juga bahan-bahan nak buat puding roti. Tapi tak sempat nak buat puding roti, tukar pada desert je la jawabnya. Sepanjang masa memasak nasi ayam tu, anak bujang saya dok ulang alik ke dapur, tanya "Ma...dah siap ke belum...Mama...dah masak ke belum" Siap je masak, dia makan nasi ayam sampai dua kali tambah. Memang peminat nasi ayam...hahahahah.

Atie dan keluarga sampai dalam pukul 2 petang. Geram sungguh saya dgn si Danish yang montel itu. Puas la saya peluk2..gomol2 dia..sampai jeles anak bujang saya tu..hahahahah. Ok atie, lepas ni boleh la kita bawak anak-anak bujang kita outing bersama.

Malamnya opah dan onyang hadif tidur di rumah. Ahad pagi saya ke Tesco Shah Alam, hantar rantai tangan saya yang asyik tercabut. Kalau tak disebabkan harga emas yang melampau, maunya saya tukar aje...huh. tak lama pun di Tesco, sempat beli barang dapur sikit lepas tu terus balik. Maklumlah anak bujang saya tu tinggal dgn onyangnya sahaja di rumah. Oleh kerana saya di serang sakit kepala, saya boleh terlelap petang tu. Jarang sekali saya tidur diwaktu siang. Memang lari dari kebiasaan. Tak jadi lagi lah puding roti saya..huhuhu.

Ini cerita pagi tadi. Saya mengamuk dengan anak bujang saya. Mana tidaknya, masa nak keluar dari rumah, saya pesan pada dia, ambil beg sekolah, dan masuk dalam kereta. Masa tu saya bawa plastik sampah nak di letakkan dalam bekas sampah. Lepas tu saya pun kunci pintu dan masuk kereta. Sampai di simpang Kelab Golf Bukit Kemuning, saya perasan beg sekolah Hadif tak ada. Apa lagi, bermula la episod hangin satu badan. Manalah mama dia tak marah, kota mainan dia boleh pulak dia ambil. Beg sekolah dia tak ambil, terus masuk kereta. Bila mama dia dah marah, dia diam aje. Terpaksalah saya berpatah balik ke rumah untuk mengambil beg sekolah anak bujang saya itu. Bila saya beri beg pada dia, teruslah air mata dia berjurai-jurai turun. Kasihan pula rasanya melihat anak bujang itu kesedihan. hahahah.

Lepas masuk kereta balik, saya peluk dia. Saya terangkan kepada dia, mengapa saya marah sangat dengan sikap dia pagi ini. Mujur juga saya cuti pagi ini. Bayangkan kalau hari-hari biasa terpaksa berdepan dengan situasi ini. Longlai rasa badan....

Sampai di sekolah dia, muka dia masih lagi masam dan kelat. hahahaha. Maklumlah, mood dah swing pagi-pagi dah kena marah. Teacher pun tegur kenapalah Hadif yang selalu ceria jadi masam mencuka. Saya panggil dia, saya peluk dia lagi. Lepas tu barulah ceria balik wajah kesayangan saya tu...oooo nak kena pujuk lagi rupanya. Hadif...Hadif...

Memang selalu kalau kena marah dengan saya kalau disebabkan kesalahan dia, dia tak akan menangis, tetapi lepas saya cool, saya akan peluk dia, dan terangkan kenapa dia patut dimarahi, dia akan menangis. Konon-konon menyesal diatas perbuatan dia la tu. Sejak dia dah besar ni, dah makin faham apa yang kita cakap, jarang rasanya saya marahkan dia. Bila tinggal berdua di rumah disepanjang babah dia di tempat kerja, dialah kawan, dialah peneman. Jadi bila saya marahkan dia, jauh disudut hati saya juga merasa sedih. Tapi ini normalkan, proses membesarkan anak. Kena sabar banyak-banyak, tapi tetap kena dimarahi supaya dia akan lebih bertanggungjawab dalam setiap perbuatan dan perlakuan dia. Masih teringa2 ucapan maaf dia tadi. So sweet. "I am sorry mama...hadif tak buat lagi ..."

Time ni, tinggi pun tak sampai paras pinggang babah..
tapa sekejapnya anak bujang saya dah tinggi separuh dari ketinggian mamanya...hahahah

Semoga buah hati pengarang jantung Mama dan babah ini membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berguna, mendengar kata, menyenangkan hati Mama dan Babah. Amin.

Monday, October 26, 2009

Good Luck Babah


Dear Yang,


Selamat menyiapkan paper work yang diberi

Semoga Allah permudahkan segara urusan babah

Semoga sentiasa sabar

Semoga tidak stress dan tidak sakit kepala

Semoga dapat siapkan dalam waktu yang diberikan

Dan, semoga berkat kesabaran babah itu

dapat menghasilkan tugasan yang terbaik.

Amin.


Dah dua hari hubby dok bercerita tentang kertas kerja yang dia perlu hantar utk kenaikan gred sebelum bulan 4 tahun depan. Rasa kasihan pun ada, rasa lucu pun ada. Kasihan kerana hubby saya bukannya jenis yang selalu mengadu tentang susah payah dia mencari rezeki, rasa lucu bila dia kata "rasa macam nak cabut kepala tanggal letak atas lantai". Maklum sahajalah, kerja2 teknikal, bukannya boleh main hentam menjawab soalan. Kalau selalu bila call hubby, suara cerita, gelak2...ni kalau cakap telefon, suara pun cam serabut...dan, laju je nak letak.

Came on babah...don't worry...you can do it ok.. mama dan hadif doakan yang terbaik dan semoga Allah permudahkan semua urusan babah... We love u so much.
psss: jangan stress tau, nanti cepat tua... not good...not good...

Thursday, October 22, 2009

Donat dan DSLR :)

Donat: yang nombor 3 dari kiri :)

Hari ni cuaca kat luar hujan. Mendung dan sejuk. Mood pun jadi layu je..hiks. Saya dapat msg dari Donat, kawan sama-sama belajar kat UiTM Manjung dulu tentang penggunaan DSLR. Sengih sorang-sorang saya dibuatnya. Ye la, teringat masa baru-baru hubby belikan kamera, saya pakai hentam aje ambil gambar, sampai pening kepala hubby. Lepas tu, hubby ajar, satu persatu.

Hubby kata gini "kalau pakai kamera DSLR, tak mainlah pakai yang auto, mestilah tahu penggunaannya sayang oiiii" hahahhaha. Gelak sorang2 saya. Lepas tu pulak, masa semester 5, saya kena ambil subjek photo communication, jadi sedikit demi sedikit saya belajar perkara-perkara basic tentang DSLR. Saya belajar apa itu ISO, shutter speed, aperture setting, focal lengh, depth of field dan macam-macam lagi. Rupanya, kalau hanya ada keinginan dan bersandarkan kreativiti tetapi tidak ada ilmu, tak mahunya menjadi gambar yang kita ambil. Hubby selalu cakap, gambar yang kita ambil kena ada penceritaan. Ada seni. Kalau saya, minat saya lebih kepada journal photo, dan hubby lebih suka menggunakan rules of thirds dia. Hubby suka mencari ilmu yang baru. Pada saya, dia merupakan perpustakaan bergerak saya. Sangat infomatif. Tanya sahaja, dia boleh jawab, kerana dia rajin belajar. Puaslah dia dok suruh saya masuk website sana, masuk website sini...tapi saya tetap merujuk kepada dia. Iyelah..what are husband for, kan? hahahahah.

Tapi dalam seni fotografi ini, saya dan hubby memang sependapat. Kami tak minat gambar yang diedit. Saya sukakan yang fresh. Yang seninya datang dari hati dan kreativiti. Ada gambar yang kita ambil, akan jadi cantik dan menarik bila di edit. Tetapi, ada juga gambar yang hilang serinya bila diedit. Saya pernah beritahu hubby, apabila gambar yang telah diedit itu dipublish, terasa macam sesuatu yang kurang. Yang tidak fresh. Tidak asli.


ini gambar pertama yang saya ambil masa beli kamera di KLCC. Jenuh la dengar kritikan hubby, tapi lepas tu dia puji jugak...hihihih

yang ini semakin maju...tapi masih belum layan mendapat pujian hubby. Tapi lecturer photo com kasi gred A tau utk gambar ni...

Yang ini antara gambar yang saya ambil menggunakan teknik-teknik seperti ISO, shutter speed, aperture, white balance. Ada lagi koleksi gambar personal saya, tapi hubby dah transfer dalam portable hard disk, so malas nak godek2...hahaha. Saya tak cakap gambar yang saya ambil ini cantik, kerana terpulang pada kita sendiri mentafsir erti cantik dan berseni. Cuma saya ingin berkongsi dengan donat; tentang penggunaan dslr yang dia tanya pada saya hari ini. Saya pun masih banyak yang perlu saya pelajari, dan insyaallah nak attend kelas lepas ni... :) Bak kata seorang teman, belajar perlukan guru, tak boleh melalui buku sahaja...

Untuk Donat, selamat meng "explore" dunia DSLR. Jangan malu bertanya, malu bertanya sesat jalan.

p/s: Masa open house hari tu, saya godek2 kamera "hired-cameraman". Sempat lah tanya serba sedikit yang saya tak jelas, sekali ada seorang kawan tu tanya...eh..you tau ke pasal kamera? hahaha hello friend, I belajar ok. Walaupun tak la sehebat pro, tapi cara pegang kamera I tu betul, takat aperture, depth of field...ISO tu I tau okeh...hihihi. Terus teringat kawan hubby yang pegang DSLR tu caranya tak betul..sah la main beli aje...hahahhaha.

Wednesday, October 21, 2009

Hey Jude

Hey Jude, don't make it bad.
Take a sad song and make it better.
Remember to let her into your heart,
Then you can start to make it better.

Hey Jude, don't be afraid.
You were made to go out and get her.
The minute you let her under your skin,
Then you begin to make it better.

And anytime you feel the pain,
hey Jude, refrain,
Don't carry the world upon your shoulders.
For well you know that it's a fool who plays it cool
by making his world a little colder.

Hey Jude, don't let me down.
You have found her, now go and get her.
Remember to let her into your heart,
Then you can start to make it better.

So let it out and let it in, hey Jude, begin,
You're waiting for someone to perform with.
And don't you know that it's just you, hey Jude, you'll do,
The movement you need is on your shoulder.

Hey Jude, don't make it bad.
Take a sad song and make it better.
Remember to let her under your skin,
Then you'll begin to make it
Better better better better better better, oh.

Na Na Na Na Na Na, Na Na Na, hey Jude...

p/s: saya sangatlah slow bab lagu-lagu. Saya juga sangat payah nak suka satu-satu lagu. Hanya lagu yang kena dgn tekat saya (ceh, mcm makanan pulak) yang boleh saya dengar, dan...sebenarnya saya ni out dated punya orang...hahahah. Tetapi, saya sangat suka mendengar lagu2 lama yang sedap didengar oleh telinga saya... this is the song yang saya sangatttt suka. Mungkin sampai bila-bila. :)

Tadi saya call hubby. Line telefon dah ok. yay! tapi tak dapat cakap panjang-panjang sebab saya sibuk. Macam la sibuk sangat. Eh, tak la sibuk sangat, tapi hari ni saya kena stand by kat Ofis MD. Tapi saya tergelak bila hubby cakap "eleh..jauh-jauh baru la nak rindu..." hihihi saya gelak tak ingat. Ye la, kalau dekat-dekat tu, mula la nak berlaga angin jek..kakakakka. Cepat la bulan 11..lepas tu bulan 12. Saya nak cuti. Release tension. hahahaha.

Gambar yang tiada kena mengena dengan lagu... ini nyawa saya...keluarga saya.

Tak de siapa ke nak hadiahkan saya CD The Beatles? Yang? Please..... hahahhaah.

Monday, October 19, 2009

Kami, dan komunikasi yang tergendala

From Laut China Selatan with love...huhuhu.

Sepanjang minggu hubby dah balik offshore ni kami terputus hubungan. Talian telefon rosak. Puas mendail, tapi nada bising yang hanya dapat didengari. Kami memang dah biasa berjauhan. Tapi tak pernah putus hubungan. Tak berkomunikasi. Selalunya dalam sehari tu, beberapa kali juga bercakap telefon. Kalau tak saya telefon, hubby yang telefon. Aduh. Rungsing dan rasa kosong. Ye la, suamiku sahabatku. Saya pulak jenis share cerita dgn hubby. Termangu2 jadinya. Hadif pun bising, tak dapat tengok muka babah kat skrin komputer.

Hari Sabtu ada radio operator call. Sampaikan pesanan hubby suruh call dia di satelit platform. Dapatlah kami berkomunikasi semula...Hari Ahad pun dapat lagi bersembang sampai ke pukul 4 petang. Tapi bila malamnya saya cuba call, dah rosak balik talian telefon. Aduh...


Pagi ni saya siap2kan Hadif macam biasa. Sampai depan Q-Dees tengok sekolah lengang dan pengetuanya Puan Nani kata diorang cuti dan memo dah ditampal dalam buku komunikasi. Saya terus buka buku depan Pn. Nani, dan..ternyatalah Teacher Hadif lupa nak tampal pesanan itu. Tak pasal sahaja saya kena bebel dgn Hadif pagi ni. "why you send me to school mama, today is holiday" ayo yo...akak pulak yang kena marah tau. Saya bagitau hadif, "tomorrow please ask your teacher, why she forgot to paste the memo in your communication book, ok".

Dan, hari ni cik mamat tu bersenang lenang la di rumah opah. Tadi masa saya call diorang ada di Tesco Shah Alam. Enjoy ye Hadif, jangan lupa dah nak exam. Sekarang ni, tiap-tiap malam buat revision dengan dia. Hish, mengalahkan budak darjah 1 pulak. hahahhaha. Nak tau, dia tanya saya soalan begini "Mama, antioksidan tu apa?" aish...anak ku yang berumur 5 tahun tanya soalan gitu? mama dia ni pun bukannya pandai sangat nak jawab, tapi saya jawablah jugak yang very basic. "antioksidan tu yang boleh mencegah kanser, nanti mama cari lagi ye, mama pun tak sure la hadif". Pas tu dia boleh cakap gini "ooo antioksidan tu yang ada dalam kopi, tapi minum kopi tak bagus la mama..not healthy" hahhaha. Aduh, anak ku.... anak...anak.... alahai...

Thursday, October 15, 2009

Satu, Dua, Tiga, Empat.

Malam semalam, hubby dah balik keje. Dua minggu lagi baru berjumpa Hadif dan Babah. Waktu babah berkemas-kemas, Hadif dah mula tak tentu arah. Mata pun berair aje. Biasalah, dah dua minggu berkepit bagai. Kawan bergaduh, kawan main PS2 sama-sama, kawan tidur sebantal. Lara sungguh hatinya bila babah nak balik kerja.

Kali ni hati rasa tenteram sikit. Sebelum hubby balik kerja dia dah masukkan sistem ADT. Di kawasan perumahan yang saya tinggal sekarang ni pencuri dan perompak tengah bermaharajalela. Ada Security Guard dah kena terminate. Apa taknya, patutnya jadi JAGA kenalah berjaga, ini baru pukul 10 malam jaga dah tidur. Hangin juga dibuatnya. Dah la bayarannya sampai RM60 sebulan, tapi servisnya sangat lah teruk. Jadi, hubby kata, daripada pening ramai-ramai dok memikirkan soal security guard, biarlah dia pening sorang2 pasang ADT system. Saya pun sekarang, dah boleh tidur lena. Kalau tidak...risau aje hati tu time tinggal berdua dengan Hadif.

Ada beberapa cerita yang saya nak kongsi.

Satu.

Saya baca blog salah seorang blogger yang menghuraikan erti cinta. Katanya "Untuk sesiapa yang masih mencari pasangan, pilihlah yang mencintai kita dan berusaha menunjukkan rasa cinta terhadap kita" Tersengih saya sorang2. Suatu ketika dulu, saya pernah bercerita pada adik saya tentang cinta yang saya dambakan. Saya mahukan seorang lelaki yang menyayangi diri saya. Perkahwinan merupakan sebuah perkongsian. Ada juga yang kata perkahwinan itu sebuah perjudian. Apa kata anda?

Agaknya, berapa ramai diantar suami isteri yang selepas berkahwin akan
  • Menyanjungi pasangannya
  • Menuturkan kata-kata yang lembut dan yang baik-baik untuk menjaga hati pasangan
  • Tidak mengeji pasangan dan tidak merendah-rendahkan kekurangan pasangannya
  • Berbangga dengan pencapaian dan kelebihan yang dimiliki oleh pasangannya
  • Sentiasa sedar dan melaksanakan tugas demi cinta
  • Tidak gemar berbalah dan berusaha mengubah sikap negetif dalam diri demi menjadi yang terbaik
  • Mudah menerima teguran dan sanggup melenyapkan ego
  • Sentiasa mengucapkan terima kasih diatas layanan yang baik dan di atas segala pemberian yang dihulurkan

Fuh, banyak lagi sebenarnya..tapi cukup lah yang sedikit ini. Cukup buat saya merenung kembali diri saya. Masih banyak kekhilafan dan kekurangan saya sebagai seorang isteri. Insyaallah, saya mahu menjadi isteri yang sentiasa menyenangkan hati suami. Untuk hubby, terima kasih kerana sentiasa meletakkan saya dan anak sebagai priority. Terima kasih atas segala pengorbanan...

Dua.

Saya sebenarnya tak peduli apa yang orang lain lakukan. Pada saya, itu hak masing2. tetapi, sebagai seorang manusia yang normal, bohonglah kalau saya katakan saya ni tak ada perasaan. Saya juga akan berasa hati kalau orang berbuat sesuatu yang menyakitkan hati saya. Tapi, back to the square, buat apa saya nak fikir sangat. Saya bukan boleh ubah perangai atau tabiat buruk orang lain. Saya pun bukannya baik sangat pun. Tapi sekurang2nya, saya tak berminat nak kacau orang. Apatah lagi nak mencampuri urusan orang lain. Baru-baru ini, ada seorang makcik dok sibuk telefon saya. Macam-macam soalan dia tanya. Mula-mula saya jawab gelak2 sahaja, Banyak betul soalan dia, dari berapa bayar rumah sebulan, sampai lah satu ayat dia yang saya tak boleh tahan. Dia cakap gini ye..

"Eh, intan..kamu tak nak ke beranak lagi? beranak la banyak-banyak tengah muda nih. Maklong bukan nak menakutkan kamu, ye la, orang lelaki ni, kita kena ikat dia dengan anak-anak ramai. Ye la, kamu dah ada semuakan..takutlah jugak."

La..rupanya dia yang tolong bimbangkan tentang hubby saya. Hello. Suruh saya beranak ramai-ramai sedangkan dia cuma ada anak seorang dan itupun anak angkat. Bimbang kononnya suami saya akan beralih arah. Amboi..amboi...amboi...dia tak tau, kalau anak ramai pun, kalau hubby tu nak cari lain, dia cari jugak. At least, saya yang mengandungkan dan melahirkan Hadif. Apalah yang dia gusarkan bila lihat kehidupan saya sekarang. Pelik sungguh.

Saya pulak, dengan jujurnya jawab begini "alah, shamsul tak kisahpun. dulu bila intan bising2 pasal nak menambah ahli keluarga, dia siap cakap apalah nak digusarkan. Bukan tak de anak. Dah ada pun Hadif tu. Bukan mandul pun."

Ha, ambil. Free aje terkena batang hidung dia sendiri. Hubby gelak besar bila saya cerita kat dia. Siap cakap "agaknya yang, dia ingat saya ni kaya sangat kot..." hahahahah. Saya sebenarnya tak suka menyakitkan hati orang, tetapi, ada masanya saya perlu bertegas agar orang lain tidak sewenang-wenangnya nak memperlekehkan saya. Apapun, saya harap makcik itu telah mendapat pengajaran ayat dengan apa yang saya cakapkan kembali. Semoga dia belajar supaya tidak masuk campur dalam kehidupan orang lain selepas ini. Saya tidak kisah kalau dia ikhlas nak menasihati, tapi janganlah ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus!

Pada saya, dalam rumahtangga perlu ada keserasian. Ada orang cukup redha dengan sikap dan perlakuan pasangan, yang cukup kuat menahan hati dan menelan perasaan yang disakiti. Ada yang cukup redha sekalipun tidak pernah menerima bahkan hanya memberi. Yang tetap bersyukur walaupun tidak sedikit pun pengorbanan dihargai. Kesabaran dan daya perlu ada. Asalkan anda mampu bertahan, itulah jodoh anda sampai mati.

Tiga.

Malam ni kena datang balik sebab nak tengok preparation utk Open House esok. Dah boleh bayang macam mana sibuknya saya esok.

Empat.

Saya nak turun ke bawah, nak melawat kawasan. Quality Hotel dan datang pasang stall. Khemah pun dah siap pasang. oklah. Babai...

Monday, October 12, 2009

Genting Highland....kota keriangan.

Hari Sabtu adalah hari memenuhi undangan. Memenuhi undangan itu wajib. Jadi, Mula2 kami ke Putra Perdana; rumah Kak shilla. Makan Nasi Minyak yang yummy. Lepas tu ke Rumah Ofismate saya juga, kali ini di Puncak Perdana. Aduh..semuanya ada Perdana di hujung la. Suratan atau kebetulan ini? hahahaha.

Lepas tu kami terus ke Genting Highland. Unplaned vacation. Tak de rancangan pun nak pergi. Tapinya bila call Awana, ada pulak bilik kosong. Apa lagi, terus booking bilik. Sampai kat Awana dalam pukul 6 petang. Rehat-rehat menunggu masuk waktu maghrib dan lepas solat maghrib kami naik ke atas puncak. Punyalah lama saya tak naik kat atas, banyak perubahan dah berlaku. Lain benar Genting Highland ni sekarang. Malam tu sempat masuk snow world. Kesian tengok Hadif, cuping telinga dia merah menyala dek kesejukan...tapi enjoy. hahahha. Ahad pagi tu, lepas breakfast dan check out kami terus park kereta kat stesen kereta kabel Awana (Awana skyway). Nak bawak Hadif naik cable car. Sampai kat atas tu, anak bujang tu tak mau cuba macam2 permainan. Takut dia kata. Hangin jugalah mamanya ini. Apa lagi, sesi memaksa pun bermula. Nak pujuk dia naik, saya dan hubby pun kena naik kapal terbang. Nak pujuk dia, tak pasal-pasal mama dia pun kena naik gajah...hahahahha.
Puas jugaklah berjalan kat Genting Team Park tu. Tapi yang jadi fav. Hadif adalah bumper car. Tak jemu dia nak naik benda tu. Mama dia yang jemu menunggu ...hikhikhik. Sebelum balik saya sempat cuba sesuatu yang mencabar diri saya sendiri. Masa hubby suruh naik buai pusing ni, saya macam tak rasa takut pun. Selamba je beratur dan tunggu giliran. Bila dah naik..masyaallah...nak menjerit pun tak keluar suara. Saya rasa saya dah jerit, tapi cuma keluar sikit je...hahahahha. Lepas je turun, hubby peluk saya dan cakap "cayalah mama" hihihi saya tahu..hubby saya pun tak berani nak naik...kan hubby kan? hahahaha.

Apapun, kami enjoy dengan cara kami. Bak kata hubby,percutian menyejukkan hati. Apa yang memanaskan hati dia, saya pun tak tahu. hihihihi. Yang penting happy dong!

Turun dari Genting, singgah rumah kawan sekolah hubby di Bandar Baru Bukit Raja. Dan, dengan tak sengaja, jumpa kawan masa kat itm Arau, Pak Li. What a small world. Ayu, Pak Li tu dah jadi boss rupanya....kawan achu tu kata kawan kita dah jadi GM weh...hahahhahaha.
Sampai umah, letak kain dalam mesin basuh, saya mengadap anak bujang saya buat homework. Mujurlah tak meragam mamat tu menyiapkan homework dia, ceria je menyudahkan latihan matematik kiraan 1 hinggga 100. Saya cakap kat hubby "eh, umur 5 tahun dah kena tau kira 1 sampai 100 yek..cepatnya silibus budak2 sekarang..". Jangan tak tau, kadang-kadang saya pun pening tengok homework Hadif, mengalahkan budak darjah 1 punya homework....hahahhaha.
Till then, babai.

Thursday, October 8, 2009

Hadif in action

Antara gambar2 semasa konsert tempohari...Hadif dah semakin besar. Ye la dah 5 tahun. Bila buat pun penuh semangat. Cepat rupanya masa berlalu. Banyak yang termiss. Ye la, pagi2... selamat dua minggu saya hantar anak bujang saya ke sekolah. Tapi bila tengahari, yang jemput balik adalah opah dan atuknya. Saya selalu terlepas moment "what do u learn at school today Hadif?". Tahu-tahu dah banyak yang dia belajar, sampai ada masa tu terkebil-kebil saya dan babahnya..hahahah.

Ada suatu hari tu, lalu depan rumah jiran opah dia. Orang tu gantung lampu berbentuk ketupat.

Hadif: Ketupat bawang la mama...
Mama: Eh, mana Hadif tau itu ketupat bawang...?
Hadif: Saya tahu lah..kak Ros yang ajar..

Mama dia gelak tak henggat. Kak Ros yang dia maksudkan adalah Kak Ros dalam cerita kartun Upin dan Ipin.

Lepas konsert sekolah dia, kami ke Damansara Damai, memenuhi jemputan Che Din, senior staff kat department saya. Che Din beli umah kondo duplex yang betul-betul mengadap kolam renang. Tahu apa Hadif cakap?

"cantiknya rumah kat sini babah..jual la rumah kita..beli rumah kat sini.." kihkihkih..dia ingat babah dia cop duit agaknya...hahahah.

Dua malam yang lepas saya bising kat dia sebab culas sungguh nak buat homework. Mulut saya dok membebel kat anak bujang saya tu..saya bisingkan dia yang asyik nak menonton kartun. Kalau dapat mengadap channel 616, 615, 613 kita cakap apa pun dia buat tak tahu saje. Manalah saya tak hangin. Babah dia pulak, bila dengar saya bising-bising sambil mulut saya tu sebut perkataan kartun dia terus cakap telefon, call astro cancel channel kartun. Ha, tinggallah rancangan Ceriaaaa...hahahha. Bangun pagi je, bila Hadif tekan-tekan remote astro tu, channel kegemaran dia dah tak de...berair mata kawan tu..sedih jadinya. Mula-mula hati saya jadi cair jugak, tapi saya kena bertegas. Tak boleh nak biarkan dia terus lalai dengan rancangan TV. Anak bujang saya tu dah sampai satu tahap kalau diberi pilihan, nak main basikat kat luar rumah ke, nak main kat play ground ke, dia akan tolak. Yang dia akan pilih...nak tengok kartun. Semoga tindakan babah dan mama Hadif ini berjaya merubah jadual harian anak bujang kami tu. Bimbang juga hati saya ni, dah la tu je anak yang ada (setakat ini ler..) buatnya membesar jadi budak "nerd" adoiilah.

Apa pun, saya semakin akur, semakin besar anak kita, semakin banyak yang kita perlu bersedia. Setakat ini, Hadif masih lagi mengikut acuan kami suami isteri. Alhamdulillah, dari kecil kami kawal pemakanan dia, tak bagi dia makan makanan ringan yang banyak perasa dan pewarna..jadinya, kalau dia mintak nak makan pun, dia akan pilih paling tidak keropok perasan udang atau ayam..hihihi. Kalau air pula, dia hanya minum air sirap, air teh dan air kosong. Selain dari itu, minta maaflah..rela dia tak minum. hahahaha. Lagi satu, paling buat saya sejuk hati, bila dia buat salah, laju je dia akan cakap " I am sorry mama...minta maaf...saya tak sengaja..". Mudah-mudahan Hadif terus terusan menjadi anak yang menyenangkan, membahagiakan hati Mama dan babah dia...mungkin suatu hari nanti seandainya blog saya ini masih boleh diakses oleh Hadif, dia tahu..dia adalah harta yang tak ternilai buat mama dan babahnya.Kasih kami, tak dapat digambar dan tak dapat nak diukur. Infiniti.

Eh, panjang gak cerita entry ni walaupun sebenarnya hajat utama nak upload gambar konsert anak koi (orang Pahang kata koi tu saya..hiks) itu...sekian, terima kasih. :)

Konsert Q-Dees Kota Kemuning

Sila Klik Konsert Q-Dees

Masa nak hantar Hadif ke sekolah, saya sempat berjanji..kalau dia buat yang terbaik, saya akan beri hadiah. Tengok la betapa bersemangatnya dia...lepas je habis konsert tanya saya "did I performed well?" Macam biasa, masa tengok anak di atas pentas, air mata saya mula la bergenang2...sah la saya ni jiwa halus..hahahha. Tapi muka Hadif ada sedikit monyok, mana taknya..dia dah kena pi skul dari tengahari, persembahan dia pukul 4 lebih. Saya mengomel gak dekat hubby, mesti anak tu lapar, dahaga..mengantuk. Ye la, biasa time macam tu time dia tidur.

Apa pun, tahniah pada guru-guru yang berjaya melatih anak-anak kecil ini. Bukan senang nak melatih meraka mengikut rentak lagu...banyak lagi sebenarnya acara yang hadif masuk. Tapi ini antaranyalah. Gambar masa konsert nanti lah dulu ye, tak sempat nak belek2 pun..

Sampai jumpa lagi...daaa

Tuesday, October 6, 2009

Entry cacamarba

Entry konsert sekolah Hadif terpaksa ditunda memberi laluan kepada entry ini. Entry ini dinamakan entry cacamarba. Entry berkenaan hati saya, perasaan saya dan tubuh saya yang sangat letih. Tak tau kenapa rasa letih yang menghambat sangat-sangat membosankan. Waktu-waktu begini dalam kepala hanya terbayang suasana percutian. Tak kiralah walau hanya bercuti di tempat2 yang berdekatan. Rasa nak rehatkan fikiran. I need a break!

Hari ni saya dok cakap dengan kak shilla yang saya dah mula merindui Langkawi. Tahun ni tak de pun pi Langkawi lagi. Kononnya dah jemu pasal saban tahun ke Langkawi, so tahun ni tak mahu ke Langkawi...tapi, tiba-tiba saya rasa Langkawi bagai menggamit-gamit saya. Macam mana nih?

Sebenarnya ada dua percutian yang menanti. Satu nak pergi Genting Highland. Tapi tak dapat tarikh yang sesuai. Tak tahu bila, kena tengok kalendar kerja hubby. Kalau boleh pi bulan ni kan ke best, tambahan kepala saya dah jadi tepu, dan mood bercuti dah memanggil-manggil. Bulan 12 nanti insyaallah dah ada percutian tajaan hubby (terima kasih daun keladi) ke Singapura. Tapi itu bulan 12, sekarang ni saya tengah stress...bila stress saya nak rehat, bila nak rehat kena pi bercuti...yang, moh pi Genting la, mau? Dok berangan nak berehat-rehat di Awana, sambil melayari wifi free...hihihih. Tapi one thing la, Awana ni food dia kureng sikit. Heehehe lawak pulak. Saya gelak sorang2, macam lah Genting tu jauh benar. Tak kira, walaupun dekat, tapi saya rasa nak sangat pi bercuti sekarang ni. Bukan perlu nak bershopping bagai, janji saya dapat merehatkan otak saya ini.

Ergghh..macam mana nih?

Monday, October 5, 2009

Makan-makan di teratak kami

Alhamdulillah, walaupun jam dah menunjukkan dinihari, tapi dapat juga saya menulis di blog ini. Baru sahaja selesai mengemas pinggan mangkuk dan rumah. Sebenarnya saya buat makan2 sikit, jamu kawan2 yang nak datang beraya, sempat juga undang kawan2 blog yang ada...ada juga yang tak dapat hadir, dan tak mengapa, saya paham...biasalah musim2 hari raya ni, terlampau banyak undangan yang perlu di hadiri, tambahan memenuhi undangan itu wajib kan...
Saya tak buat banyak menu pun, buat serba sedikit. Hubby yang sepatutnya ada kena balik ke Kertih menghadiri kursus. Kononnya rasa diri tu gagah, tak ambil helper pun, pinggan pun tak pakai yang jenis pakai buang..mula2 kak yan dari salak tinggi dan family Heda dari Lestari Puchong sampai. Ok lagi sambil2 bersembang tangan tu laju je basuh pinggan mangkuk. Lepas tu sepupu hubby dari Temerloh sampai..dan..berterus-terusan lah sampai pukul 11 malam tadi. Mengalahkan rumah jiran yang buat open house. Tapi saya sangat happy, terima kasih kepada kawan-kawan yang datang yek. Makanan tak terbuang langsung. 3 paket nasi impit segera tu selamat...meehon goreng 4 bungkus pun selesai. Brownies dan kek coklat pun tinggal sepotong dua jek. Alhamdulillah. Tak sangka ramai juga rakan2 dari ofis yang datang. Dan tak lupa buat Hasney dan family...maaflah tak dapat sembang dan layan Hasney sangat...intan sorang2...ada masa tu rasa cam YB pulak..hihihih. Nak menyakat Ayeesha (anak auntie azila dia kata...) pun tak sempat..tak pe nanti la pi umah dia nanti dapatlah saya gomol2 dia agaknya.

Yang mana terkurang tu, minta maaf banyak-banyak. Jangan serik yek, panjang umur tahun depan kalau hubby tak kena turn kat offshore boleh la plan jamuan yang lebih sempurna...kalau dia tak de tak dapat la kot...tak larat acik ni ha... hihihihi.

Oklah, kalau sempat esok la saya cerita pasal konsert anak bujang saya tu. Mata ni tak mengantuk, dan esok nak kena bekerja. Sampai jumpa lagi...daaaa...

Thursday, October 1, 2009

Jom raya?

Banyak juga dapat sms, email dan pertanyaan dari kawan-kawan..tak buat open house ke tahun ini. Hubby kata tahun ni tak buat, insyaallah tahun depan buat pasal dah tak sempat pun, insyaallah tahun depan hubby saya cuti panjang kot di hari raya...hihihihi. Jadinya confirm la saya tak buat rumah terbuka tahun ni, tetapi..pintu rumah saya sentiasa terbuka menerima kunjungan kawan-kawan ye... DAN, insyaallah hari Ahad ni saya nak masak-masak sikit, jadi kalau nak datang tu...silakanlah..tak de la makan biskut raya sahaja..., tapi menunya yang simple2 saje la ye...saya tak pandai masak u all...hahhahaha.

Dan, mulanya dah plan baikkk dgn hubby nak masak2 dan nak ajak kawan2 saya dan kawan2 dia..tapi malam semalam hubby bagitau dia kena attend kursus di Kerteh Ahad dan Isnin. Tapi dia suh carry on plan masak dan makan itu....jadi, kalau tak kemana2...sila la datang yek.. :)


Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!