Tuesday, October 6, 2009

Entry cacamarba

Entry konsert sekolah Hadif terpaksa ditunda memberi laluan kepada entry ini. Entry ini dinamakan entry cacamarba. Entry berkenaan hati saya, perasaan saya dan tubuh saya yang sangat letih. Tak tau kenapa rasa letih yang menghambat sangat-sangat membosankan. Waktu-waktu begini dalam kepala hanya terbayang suasana percutian. Tak kiralah walau hanya bercuti di tempat2 yang berdekatan. Rasa nak rehatkan fikiran. I need a break!

Hari ni saya dok cakap dengan kak shilla yang saya dah mula merindui Langkawi. Tahun ni tak de pun pi Langkawi lagi. Kononnya dah jemu pasal saban tahun ke Langkawi, so tahun ni tak mahu ke Langkawi...tapi, tiba-tiba saya rasa Langkawi bagai menggamit-gamit saya. Macam mana nih?

Sebenarnya ada dua percutian yang menanti. Satu nak pergi Genting Highland. Tapi tak dapat tarikh yang sesuai. Tak tahu bila, kena tengok kalendar kerja hubby. Kalau boleh pi bulan ni kan ke best, tambahan kepala saya dah jadi tepu, dan mood bercuti dah memanggil-manggil. Bulan 12 nanti insyaallah dah ada percutian tajaan hubby (terima kasih daun keladi) ke Singapura. Tapi itu bulan 12, sekarang ni saya tengah stress...bila stress saya nak rehat, bila nak rehat kena pi bercuti...yang, moh pi Genting la, mau? Dok berangan nak berehat-rehat di Awana, sambil melayari wifi free...hihihih. Tapi one thing la, Awana ni food dia kureng sikit. Heehehe lawak pulak. Saya gelak sorang2, macam lah Genting tu jauh benar. Tak kira, walaupun dekat, tapi saya rasa nak sangat pi bercuti sekarang ni. Bukan perlu nak bershopping bagai, janji saya dapat merehatkan otak saya ini.

Ergghh..macam mana nih?

4 comments:

Ana said...

ana baru gi genting ahad lepas..best intan..sejuk..tapi auni lum bapa excited sangat..dia buat muka pelik jek pas tue tido..so kena tggu dia 3,4 tahun nanti kena bawak lagi nie..
gi laa intan..best tengok suasana kt sana..

Intanaziela said...

Ana: intan pun hari tu team building kat awana jugak, cuma rasanya kalau pi dgn hubby dan anak lagi best...hiks

Ibu Double Q said...

jom kak... org pon kepingin gak nih.. dah lame tak menarik nafas sejuk kt puncak tuh...

Sya said...

Pi genting naik roller coaster utk de-stress

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!