Monday, October 12, 2009

Genting Highland....kota keriangan.

Hari Sabtu adalah hari memenuhi undangan. Memenuhi undangan itu wajib. Jadi, Mula2 kami ke Putra Perdana; rumah Kak shilla. Makan Nasi Minyak yang yummy. Lepas tu ke Rumah Ofismate saya juga, kali ini di Puncak Perdana. Aduh..semuanya ada Perdana di hujung la. Suratan atau kebetulan ini? hahahaha.

Lepas tu kami terus ke Genting Highland. Unplaned vacation. Tak de rancangan pun nak pergi. Tapinya bila call Awana, ada pulak bilik kosong. Apa lagi, terus booking bilik. Sampai kat Awana dalam pukul 6 petang. Rehat-rehat menunggu masuk waktu maghrib dan lepas solat maghrib kami naik ke atas puncak. Punyalah lama saya tak naik kat atas, banyak perubahan dah berlaku. Lain benar Genting Highland ni sekarang. Malam tu sempat masuk snow world. Kesian tengok Hadif, cuping telinga dia merah menyala dek kesejukan...tapi enjoy. hahahha. Ahad pagi tu, lepas breakfast dan check out kami terus park kereta kat stesen kereta kabel Awana (Awana skyway). Nak bawak Hadif naik cable car. Sampai kat atas tu, anak bujang tu tak mau cuba macam2 permainan. Takut dia kata. Hangin jugalah mamanya ini. Apa lagi, sesi memaksa pun bermula. Nak pujuk dia naik, saya dan hubby pun kena naik kapal terbang. Nak pujuk dia, tak pasal-pasal mama dia pun kena naik gajah...hahahahha.
Puas jugaklah berjalan kat Genting Team Park tu. Tapi yang jadi fav. Hadif adalah bumper car. Tak jemu dia nak naik benda tu. Mama dia yang jemu menunggu ...hikhikhik. Sebelum balik saya sempat cuba sesuatu yang mencabar diri saya sendiri. Masa hubby suruh naik buai pusing ni, saya macam tak rasa takut pun. Selamba je beratur dan tunggu giliran. Bila dah naik..masyaallah...nak menjerit pun tak keluar suara. Saya rasa saya dah jerit, tapi cuma keluar sikit je...hahahahha. Lepas je turun, hubby peluk saya dan cakap "cayalah mama" hihihi saya tahu..hubby saya pun tak berani nak naik...kan hubby kan? hahahaha.

Apapun, kami enjoy dengan cara kami. Bak kata hubby,percutian menyejukkan hati. Apa yang memanaskan hati dia, saya pun tak tahu. hihihihi. Yang penting happy dong!

Turun dari Genting, singgah rumah kawan sekolah hubby di Bandar Baru Bukit Raja. Dan, dengan tak sengaja, jumpa kawan masa kat itm Arau, Pak Li. What a small world. Ayu, Pak Li tu dah jadi boss rupanya....kawan achu tu kata kawan kita dah jadi GM weh...hahahhahaha.
Sampai umah, letak kain dalam mesin basuh, saya mengadap anak bujang saya buat homework. Mujurlah tak meragam mamat tu menyiapkan homework dia, ceria je menyudahkan latihan matematik kiraan 1 hinggga 100. Saya cakap kat hubby "eh, umur 5 tahun dah kena tau kira 1 sampai 100 yek..cepatnya silibus budak2 sekarang..". Jangan tak tau, kadang-kadang saya pun pening tengok homework Hadif, mengalahkan budak darjah 1 punya homework....hahahhaha.
Till then, babai.

7 comments:

rosmona said...

vah..vah..vah.. Sakan no p jimba2 atas puncak 2.. Kak, apsl x try naik space shoot 2.yg tiang tegak cecah awan 2?itu bru benar2 menguji perasan mental n fizikal.. Sya turun dri mende 2 pn cam nk parkinson.tp best.rasa nk naik lg tau..

Intanaziela said...

nak cuba...tapi next time la pasal kami pi bertiga beranak...nanti hadif tinggal sorang2 jek kat bawah..

shafahanz-iman said...

sampai juge ke Genting ye... bestnya... hilang stress kan.

Ana said...

wahhh best best..Hadif 1st time nampak semua tue yg dia takut kot..nasib mama dia leh pujuk..

jgn laa naik space shot tue..takut woo..umpama montot di bawah, jantung tertinggal di atas..xnk..tobat dah..

NORHAYATI BERAHIM said...

buah pusing tu intan, taubat nak naik..suami naik, bila dia turun..mabuk dia sampai dua hari tak hilang2..ha.ha.ha..

Intanaziela said...

shafahanz-iman: alhamdulillah, dapat jugak merehatkan minda

ana: space shoot tu ana dah naik? OMG..beraninya...intan pun tak gak naik..tapi tunggu sama2 hubby....kalau naik sorang tak best..hahahha

kak yatie: kak yati tak naik ke? intan pun heran cam ne lurus je ikut cakap hubby suruh naik..hahahah. lepas turun tu tak de la pusing..tapi gelak tak berhenti2...dalam hati tu bimbang kalau tali tu putus jek..maklumlah..kita ni lebih muatan..hahahah

Ana said...

ana naik masa pegi nan kwan2 study dulu..time tue beratur nk naik roller coaster..tiba turn kitorg dia cakap tutup kejap n maintenance..dulu time berani laa..bila dah kwin pegi yg kt berjaya times square tue..naik yg seat pas tue pusing2 tue..terus x berani dah nk naik pape yg extreme macam tue..tobat intan..masa tue pikir mati jek..dah kwin jadik penakut lak..masa muda2 dulu berani sgt..hehehe..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!