Thursday, October 8, 2009

Hadif in action

Antara gambar2 semasa konsert tempohari...Hadif dah semakin besar. Ye la dah 5 tahun. Bila buat pun penuh semangat. Cepat rupanya masa berlalu. Banyak yang termiss. Ye la, pagi2... selamat dua minggu saya hantar anak bujang saya ke sekolah. Tapi bila tengahari, yang jemput balik adalah opah dan atuknya. Saya selalu terlepas moment "what do u learn at school today Hadif?". Tahu-tahu dah banyak yang dia belajar, sampai ada masa tu terkebil-kebil saya dan babahnya..hahahah.

Ada suatu hari tu, lalu depan rumah jiran opah dia. Orang tu gantung lampu berbentuk ketupat.

Hadif: Ketupat bawang la mama...
Mama: Eh, mana Hadif tau itu ketupat bawang...?
Hadif: Saya tahu lah..kak Ros yang ajar..

Mama dia gelak tak henggat. Kak Ros yang dia maksudkan adalah Kak Ros dalam cerita kartun Upin dan Ipin.

Lepas konsert sekolah dia, kami ke Damansara Damai, memenuhi jemputan Che Din, senior staff kat department saya. Che Din beli umah kondo duplex yang betul-betul mengadap kolam renang. Tahu apa Hadif cakap?

"cantiknya rumah kat sini babah..jual la rumah kita..beli rumah kat sini.." kihkihkih..dia ingat babah dia cop duit agaknya...hahahah.

Dua malam yang lepas saya bising kat dia sebab culas sungguh nak buat homework. Mulut saya dok membebel kat anak bujang saya tu..saya bisingkan dia yang asyik nak menonton kartun. Kalau dapat mengadap channel 616, 615, 613 kita cakap apa pun dia buat tak tahu saje. Manalah saya tak hangin. Babah dia pulak, bila dengar saya bising-bising sambil mulut saya tu sebut perkataan kartun dia terus cakap telefon, call astro cancel channel kartun. Ha, tinggallah rancangan Ceriaaaa...hahahha. Bangun pagi je, bila Hadif tekan-tekan remote astro tu, channel kegemaran dia dah tak de...berair mata kawan tu..sedih jadinya. Mula-mula hati saya jadi cair jugak, tapi saya kena bertegas. Tak boleh nak biarkan dia terus lalai dengan rancangan TV. Anak bujang saya tu dah sampai satu tahap kalau diberi pilihan, nak main basikat kat luar rumah ke, nak main kat play ground ke, dia akan tolak. Yang dia akan pilih...nak tengok kartun. Semoga tindakan babah dan mama Hadif ini berjaya merubah jadual harian anak bujang kami tu. Bimbang juga hati saya ni, dah la tu je anak yang ada (setakat ini ler..) buatnya membesar jadi budak "nerd" adoiilah.

Apa pun, saya semakin akur, semakin besar anak kita, semakin banyak yang kita perlu bersedia. Setakat ini, Hadif masih lagi mengikut acuan kami suami isteri. Alhamdulillah, dari kecil kami kawal pemakanan dia, tak bagi dia makan makanan ringan yang banyak perasa dan pewarna..jadinya, kalau dia mintak nak makan pun, dia akan pilih paling tidak keropok perasan udang atau ayam..hihihi. Kalau air pula, dia hanya minum air sirap, air teh dan air kosong. Selain dari itu, minta maaflah..rela dia tak minum. hahahaha. Lagi satu, paling buat saya sejuk hati, bila dia buat salah, laju je dia akan cakap " I am sorry mama...minta maaf...saya tak sengaja..". Mudah-mudahan Hadif terus terusan menjadi anak yang menyenangkan, membahagiakan hati Mama dan babah dia...mungkin suatu hari nanti seandainya blog saya ini masih boleh diakses oleh Hadif, dia tahu..dia adalah harta yang tak ternilai buat mama dan babahnya.Kasih kami, tak dapat digambar dan tak dapat nak diukur. Infiniti.

Eh, panjang gak cerita entry ni walaupun sebenarnya hajat utama nak upload gambar konsert anak koi (orang Pahang kata koi tu saya..hiks) itu...sekian, terima kasih. :)

7 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

wah.hadif da rupa shah rukh khan le pulak..he.he.he.
hadif akan jadi macam ojan, melekap depan TV dgn komik dan tak mau2 keluar..tapi bagus juga intan dari dia melilau ke sana ke mari..

Intanaziela said...

kak yatie: hahahah shah rukh khan malaysia kak yatie...kehkehkeh...geli hati intan..gelak kuat2 intan hari tu...

tak pe ke kak yatie kalau budak lelaki tak minat nak main2 kat luar? risau jugak..babah dia komplen anak dia tak de otot..hihihihi

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

sy sokong tindakan babah + mama hadif.. skrg la kite kena tegas.. xpe lama2 hadif biasa la x tgk kartun..

x saba plak rasanya nak tgk maryam p tadika thn dpn..hek hek hek tah2 sy mengalir airmata..

Ana said...

Bijak laa Hadif nie..suka dia petah cakap cam tue..

Intan, ana nk ajar auni tengok kartun..tp dia xnk laa..bukan apa..cuma nk lekakan dia kejap tuk kita buat keje umah..hehehe..camne ekk??

Intanaziela said...

Mrs. Hasanif: sue..nanti tibalah giliran sue pula menitis air mata..hahahahah

Ana: Hadif dulu, baya2 auni tu belum pandai lagi nak tekun menonton kartun..umur 3 tahun baru dia jadi penonton kartun yang tegar..hahahah

mc ta said...

kita nyer anak bujang pun sama, rela tak nak ikut pi mana2 even pi shopping sebab nak tgk kartun. Obses betul ngan kartun nih ..ish

HasneY said...

hmm kelakar tgk budak2 wat performance kan...tapi best terhibur rasa hatiii.....hmm budak2 tak yah ckp budak mana..semua budak2 serupa jerk..anak has tu pun...melekat almost 24hours depan tv jerk..kt channel cartoon tu..now has dah stop channel tu..just amik basic jerk...mana tak..sampaikan kiter nak minta tgk berita kejap pun..leh dier melalak2...hmm geram betull...so, mmg has skrg dah tegas tul..ngan hakim...then bab pemakanan pun kitaorang jaga sgt..dier pun ada history gak..bab2 penyakit mudah hinggap nih...so mmg tak jumpa ler anak2 has junk food or apa2 seangkatannya..tp kalau org kasi tu...nk wat cam ne..takkan nak buang depan2 org kan?...bagilah sekali sekala dier merasa...tp kalau nak minta2 tu tak aderlah....mmg has tak biasakan diorang ngan makanan ringan nih...

next year, hakim baru nk masuk 5 years, so baru cdg nk hantar ke tadika..tak taulah apa reaction dier..now pun dah suker sgt....mcm excited jerk asyik ckp..hakim nak gi school....nanti leh naik bus skolah..hu..hu...si hani pun kalau tgk jerk..apa jek bus mesti dier ckp..mama....mama..bus skolahlaa...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!