Hari ni pi keje hubby hantar. Saje nak manja. Tak paham betul la kesas highway ni, asal ujan sikit jem. Asal jem, hari ujan. Natijah lambat la saya hari ni.
Hari ni aku melepas geram kat seorang hamba Allah kat opis nih. Naik kat workstation aku, pas tu dok perli2 pasal kete baru. Kalau setakat sikit2 tu aku tak penah pun amik pot. Kalau sampai tarikh road tax pun dia tau, melampau tau. Maknanya, dia pi jenguk sampai ke road tax kete. Aje yang giler ko. Dengan kata2 sinikalnya mengusik aku. So, aku pun bagilah satu das kat dia. Agaknya dia ingat, aku pakai sempoi je, baju biasa2 je, kasut biasa2 je, aku tak layak kot pakai kereta import. Hello, it just a car. Bukannya harga sampai ratusan ribu. Kereta mampu milik je. Tapi dek yang pakainya aku, yang selalu low profile, pakai baju pun tak meghelip2, kilat2… pun nak jadi isu. Mentang2lah aku ni kalau ke opis, make up pun tak pakai. Pakai baju pun sempoi. Dah la tu, gemuk pula, ye dak? Walhal, kat opis ni, ada sorang manager pun beli gak kete yang sama, tapi tak de pulak diorang nak perli2 ke..usik2 ke. Sebab dia manager, sebab gaji dia banyak. Hello, kete ni pun bukan duit aku…duit hubby. Bukan aku yang bayar pun, hubby yang bayar. Dua2 kete aku tu hubby yang bayar. Jadi, tak kisahlah walaupun aku bukan manager, boleh pakai dua kete. Biasala sekarangkan, satu umah dua kereta. Sebab yang isteri keje kat lain, yang suami keje kat lain. Itu pun hubby bising pasal aku tak mo bawak kete baru, nak bawak kete lama pi opis dek kerana mulut2 yang gatal je nak mengusik. (itu mengusik, yang mengata belakang tak tau lagi) beli kete bukan utk disimpan kat umah. Utk dipakai, bawak pi cari rezeki hubby kata. Yang aku pelik, bila orang lain beli kete ke, beli umah ke, tak kuasanya aku nak menyibuk2. Ye la, bukan duit aku pun yang keluar. Suka hati la orang nak beli apa pun, kalau mampu, beli lah, kalau tak mampu, dok diam2 sudah. Tak denya aku nak Tanya berapa down payment, berapa bayar bulan. Dah orang tu bawak kete tu, maknanya mampulah bayar bulan, betul tak?
Hari pertama aku bawak pi opis, aku parking jauh dari orang. Tak mau orang Nampak. Kang tak pasal kata aku nak menunjuk2 pulak. Tapi aku tetap kena perli. Siap ada yang cakap “ooo beli kete senyap2, tak citer pun” eh, kene citer ke pada seantero dunia ek? Heran sungguh aku. Bukannya aku beli kete BMW pun, kalau beli pun BMW pun buat apa la pulak nak jaja citer sana sini.
Aku sound mamat tu gini
“Naper, sebabI pakai baju murah2, pakai biasa2 je, I tak boleh pakai kete baru yek, Naper,I ni Nampak miskin sangat ke sampai tak layak nak pakai kete baru, tapi I beli kete tak pakai duit orang kan, tak pakai duit ko kan?”
Ha, amik. Sediam2 aku, aku masih ada perasaan. Memang aku tak campur sangat dgn orang. Tak amik pot. Tapi tak la bererti aku ni tak reti marah kan… :P
Hubby kata, agaknya kalau dia beli accord pulak nanti, mau yang dok memerli dan mengata aku tu sekejap2 kutip biji mata, ye la, biji mata jatuh terjojol dek terperanjat aku bawak accord pulak sebab kat opis aku, GM je yang pakai accord. Hih, mudah2an Allah murahkan la rezeki hubby. Hahahhaha . Giler kentang..wakakakaka. Tak denye aku berangan gitu, tapi rata2 kawan2 hubby memang bawak kete best2, ada odyssey, ada accord, grandis, CRV, civic, so takat kete kami ni jatuh biasa2 je, tapi syukur Alhamdulillah, ada kereta nak bergerak ke sana ke sini. Tak kisahlah kerete apa pun, kan?
Kesimpulannya, janganlah tengok orang yang idup low profile tu cam tak de mata. Janganlah ingat orang yang baju silih berganti tu banyak duit. Orang yang pakai baju murah2an ni tak de duit yek. Orang putih cakap “don’t judge the book by its cover”. Bersangka baik la pada semua orang. Dan, Pls. respect privacy orang lain.
Soksek: Lari lintang pukang mamat tu turun bawah bila aku dah start bersuara. Hiks.