Thursday, February 5, 2009

Cerita Semalam

Semalam cuti. Annual Leave ya. Pagi ke Glenmarie, Shah Alam, teman hubby sign document. Lepas tu ke Jalan Kelang Lama pulak. Turn aku sign document pulak. Alhamdulillah, syukur kerana Allah permudahkan jalan. Mudah2an semuanya berjalan lancar. Amin.

Lepas tu amik hadif kat Q-dees. Anak bujang ku itu sungguh excited tengok mama dia yang jemput dia balik. Alangkah bestnya kalau aku dapat buat kerje tu hari2. Oh how I wish!

Lepas tu pergi umah opah hadif, tengok baby Najmi Ilham yang montel. Pipi sampai ke dada okeh. Sangat geram. Mak Long dan Ayah Long dia ni dah tak sabar nak menyakat. Kes balas dendam pasal Abah dia selalu sangat buli dan menyakat Abang Hadif. hihihi. Amik ko Ngah, buat lagi.

Lepas tu kami pi lunch then balik umah tiga2 beranak pengsan. Aku dan hubby sakit kepala; kes lambat breakfast. Hadif kena paksa rela tido. Malamnya hubby dah kena balik offshore. So hantar la hubby balik.

As usual, Hadif buat muka sedih la kembar dia nak balik keje. Merengek nak ikut. Tapi tak tahan tu, dia boleh tanya babah dia cam ni "sape duduk sebelah babah? boyfriend ke girlfriend?" ha amik. Tak de sape ajar okeh. Aku gelak dalam hati time tu. Hadif pun pandai remind babah dia...don't be notty2 ek? wakakakakka

Tapi lepas tu, dia leh cakap gini "selamat tinggal babah.." time tu aku berair dah mata nih. Rupanya babah dia pun syahdu tengok anak dia gitu. Siap pesan, lain kali hantar je dia, terus balik. Tak payah tunggu sampai waktu berlepas.

DAN, pagi ni, bermula la episod aku kena menjawab pertanyaan dia, bila babah nak balik, bila nak pi amik babah. 14 hari okeh? Layankan aje la...

Ok, till then. See u when I see u ya'

4 comments:

Mrs. Hasanif said...

ala sian hadif.. 14 hari je hadif kena tggu.. x lama tu... huhuhu

Intanaziela said...

Mrs. Hasanif: 14 hari tu lama..sebab hari2 mama dia ni kena jawab brape hari lagi babah dia akan balik..hihihi

farah amoi said...

hehheeh
intan....x rela pon...terpaksa jugak berpisah kan
tp x pe la...dah lepas 14hari..
lepas tu...14hari selebihnye..hubby melepak kat umah kan...
hahhaha...mesti hubby intan pon dah boring naik kapal tebang tiap 2 minggu


hahhaha
clever sungguh hadiF

aNIe said...

Pandainya Hadif mengingatikan abah dia...heheheh...

Sesekali cik abang balik kene lah amik cuti ye Intanaziela...

Ingatkan nak lah tengok gambar si Najmi montel tu...takde pulak...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!