Monday, February 16, 2009

Alhamdulillah

Panas terik sungguh hari ini. Kepala pun jadi sakit. Actually baru je balik dari info meeting. Alhamdulillah, rezeki hubby dan anak. *wink.. Masih ada bonus dan salary increment, ada company usahkan bonus, increment pun tak de. So, Alhamdulillah, syukur... Balik dari Glenmarie, Pasang aircond pun tak rasa sejuk. Eh, ke aircond kete ku itu memang dah tak sejuk? wakakakakka

Tadi sempat call hadif yang mengamuk2 kertas order buku dia terkoyak sikit. Takut mama marah, dia bgtau kat opah. Hihihi garang sungguh mama dia ni yek, sampai anak keluar statement gitu. Aku pujuk dia kata aku tak marah pun, siap janji nak belikan dia buku. Baru la diam mamat tu. Pas tu siap update dia yang babah dia balik hari ni. Sukalah tuh! kembar siam dia dah balik.

wharggh...i am too lazy to work today. Tapi tak de gak mood nak shopping. Teringat nasihat hubby suh simpan duit...biar ada banyak cash dalam account...jangan takat ada lebihan tiga empat ratus je. Aku salute kat hubby, every month dia akan simpan 10% dari pendapatan dia. Dia suh aku buat yang sama, insyaallah ler akan dipraktikkan. :) Tapi, mood bercuti memang tengah memuncak2. Tak kiralah. Janji cuti. Ikut hubby pi kursus kat Kerteh pun tak pe rasanya..huahuahua. Boleh yang?

Weekend ni tak leh bercuti lagi, ada masyuarat penduduk berjaya park. Nanti tak kenal pulak jiran2. 28hb aku ada date dgn hubby. Kami berdua je. Hadif kena tinggal ler nampaknya kat umah opah. Tapi sebelum tu nak kena belanja dia tengok wayang dulu. Bising mamat kecik tu nak tengok Upin & Ipin. So, before tinggalkan Hadif kat umah opah, kami mungkin akan bawak dia tengok movie dulu. Pas tu...mama dgn babah nak layan konsert M. Nasir kat Istana budaya. Nanti aku update tentang konsert tu ek. Manalah tau time tu dok sebelah artis. kuikuikui (my hubby yang cakap gitu!)
Well, que sera..sera... till then. babai.

2 comments:

farah amoi said...

heheheh
alhamdulilah..rezeki memasing


heheh
mesti nanti hadif sonot leh tgk UI

ooo...nak tgk konsert M.Nasir
syok nye....nak itut!


lawak le gelaran yg intan kasi kat hadif ngan abah nye..kembar siam ?
hahhaha



wahh...bagus le idea ur hubby..
simpan 10% dr income dia tiap bulan
mmm....nak praktis kan jugak bole ke...?

mc ta said...

kita mmg berhajat nak bwk danish pi tgk upin & ipin, tapi my sil cakap, kalau weeknd, sumer sold out. Nak bersesak tuh yg malas. Tapi tak pe, since kita MC lagih..nak try pi week days kan?
btw, kirim salam kat M.Nasir ahh..
ingat nak kirim salam kat siti sekali kalau dia ada, tapi mesti dia tak pegi kan since bapa dia baru meninggal.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!