Tuesday, February 3, 2009

Hadif punya cerita

Semalam, masa nak ikut maklang dia pergi kedai, so opah dia kasi RM1. Sampai je kat depan pintu, dia patah balik.

Hadif: Opah, nak satu lagi ... (sambil tunjuk duit singgit kat opah dia)
Opah: eh, cukup la tu, berlebih lagi tu
Hadif: Tak cukup la... sambil membebel kat mak lang dia ; Hadif nak mintak duit banyak2 la kat mama...nak beli toys. Opah bagi tak cukup.

Aci ke gitu? dulu, bawak pi mana2, sampai bersuruh nak beli toys. baik je. tidak meminta2. Sekarang? harus la pusing tempat lain kalau nampak "jerat" (kedai mainan atau toys dept). Letih akak. Sehari satu toys. Beli hari ni, esok dah tak minat. Dia ingat babah ngan mama dia ada share kot kat kilang mainan. Sangat obses dgn mainan. Segala jenis robot, ben-10, power rangers, ultraman...huh sangat lah obses. Rasanya dah dekat 4 bakul mainan dia kalau dikumpulkan. Ingat nak buat jualan amal la..

Lagi satu citer

Hadif: I like to eat vegetables.
Atuk: iyelah tu, tau ke vegetables tu apa?
Hadif: vegetables tu sayur-sayuran la. Apalah atuk ni. Itu pun tak tau.

Hakikatnya, dia tak makan sayur ok. kalau dalam, sup tu ada sikit je daun sup pun dia suh buang. Ayat skema je la kata " I like to eat vegetable" tu..

Sejak dah attend Bemind English Class ni, banyak gak vocab dia. Ada masa tu aku sampai tergelak2 dgn babah dia. Bila babah dia dok kat luar...laju je dia tanya where are u going babah? atau what are u doing? ada masa, dia dok bersyarah kat mama dia nih..."mama, fruit is healthy food, tau? "

Budak 5 tahun punya kisah.

Ada lagi satu..

Time babah dia amik dia balik dari Q-Dees; time tu naik motor je. Nampaklah kete2 honda lalu lalang. Dia cakap cam gini:

Hadif: Babah, beli honda
Babah: ok, nanti babah beli.
Hadif: Beli 2 ok.

aiyak..dia ingat cam beli toys dia kot? :P

7 comments:

Mrs. Hasanif said...

hahahaha...pandai la hadif ni.. mmg x sangkakan words yg akan kuar dr mulut derang.. tiap hari ada je benda yg derang akan belajar...

nn said...

hahahahaha...bijaknya dia...
xlama lagi, my turn pulak nak kena layan afiff.sekarang nih pun dah setat banyak tanya...jenuh nak jawab..

Intanaziela said...

Mrs. Hasanif: memang la tak sangka, ada masa tu, urut dada mama dgn babah dia..kuss semangat mulut dia..hihihi

nn: sampai la masanya nanti tu nini..afiff pun akan bertukar cam hadif...jenuh..kekekekek

Ana said...

kuss semangat yekk..auni nnt ntah camne laa..larat ke x umi dia nk layan nie..
pandai hadif yekk..blaja rajin2 yekk..

Intanaziela said...

ana: auni nanti lagi petah kot..girl kan..lagi la mulut kuss semangat...hihihi

rosmona said...

mmg kussss semangat hadif..bdk2 mase kecik tak larat nk kejar, bile besar tak larat nk jawab..

Intanaziela said...

rosmona: tunggu ler turn nak jawab cakap2 cik hanna tu yek...hihihi

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!