Tuesday, June 9, 2009

Entry menunaikan permintaan

Hari tu, ada permintaan utk letakkan gambar deco umah kami, maaflah ambil masa nak penuhi permintaan, bukan sombong jauh sekali tak sudi, tapi bimbang kalau tepek disalah ertikan. Well, kita tak boleh nak penuhi setiap permintaan orang, dan kita tak boleh halang kalau orang nak kata kita, kan... setelah difikir2kan, tak pelah, aku amik kira yang positif sahaja, yang negatif tu kita abaikan sahaja.






Jadi, aku tepek la seketul dua gambar deco rumah kami tak biasa2 sahaja. Sila abaikan segala yang bersepah kerana aku ambil gambar tu tanpa kemas2 umah pun. Itulah rumah ku, syurga ku. Kalau nak deco yang cantik2, boleh la refer ke majalan Impiana dan Anjung Seri ye, deco rumah kami setakat biasa2 sahaja, tapi disebabkan ada permintaan, jadi aku letak la gambar2 yang tak seberapa ini. Harap dapat menolong memberi idea, walaupun cuma sedikit... :P

Kepada Cik Anon*****, harap berpuas hati ye, saya sudah pun menunaikan permintaaan anda :)


Pixel gambar amatlah tak memuaskan kerana amik guna hp camera saje... :)

p/s: korang nak tau satu cerita tak, ada lah seorang makhluk ni, (tak kuasa nak panggil orang) dia dok minta2 nak tengok gambar progress rumah aku (time tu belum pindah lagi..tengah reno.) Mula2 aku refuse, sebab takut dia dok mengata bagai, tapi dia punyaaaa la baik pujuk, konon dia sorang je yang tengok, janji tak orang lain tengok...tup tup...aku dengar cerita dok mengata pasal sinki kaca aku. Hangin tau. Dan, baru2 ni, masa aku pergi teambuilding...adalah seorang hamba Allah ni cerita pasal makhluk ni dibelakang aku mengata2 aku..dan barulah aku tau, makhluk ni tak boleh tengok orang lebih...no wonder lah kawan2 dia pun dah melarikan diri dari dia. Now I know, dia ni memang kuat berlakon. Dan, aku pun sejak dari insiden tu, terus pangkah aje dia dari hidup aku. Kalau bercakap pun pasal kerja saja, more than that mintak maaf la...ahkak tak layan. Aku sekarang ni senang je, kalau orang tu aku rasa tak de tali menali dengan aku (bahasa apa kah? hihihi ), aku memang tak layan. Sebab, aku tak de la pulak rasanya nak amik tau pasal diri dia, apa yang dia ada. Tak kuasa! Lebih baik aku tumpu pada hidup dan penghidupan aku. Susah senang aku, bukan minta tolong dari dia pun... so, dia tu tak ada dalam ini wayang okeh...

10 comments:

Asmara said...

Wah cantik rumah Intan! Pandai menghias, simple pun lagi cantik Intan. As ni bila la nak menghias rumah, asyik merantau je, rumah dah beli tp sewa kat org. Tunggu la balik mesia 3 taun lagi. Rasa dah x merantau lagi dah. hehe..

Intanaziela said...

as: cantik? terima kasih...simple2 je as...ikut naluri hati..tak pe as nanti lagi 3 tahun balik..hias macam2 cara..cara jepun..hihihi

Ibu Double Q said...

uih..kemasnyer umah..ade anak bujang pon umah still kemas lagik.. kalo umah saye, 2 minit je kemas..pastu 2 beranak tu akan menghapuskan kekemasan itu dengan toysnyer.. hampes sungguh.. bak kate 2 beranak tuh " kami pantang tgk umah kemas, bkn pantang tgk umah bersepah"

mc ta said...

intan,dah cantik lah nih. Cuma kalau nak tambah, sikit wall deko lah kot. Tapi jgn sarat sgt..lemas lak kan..he..he..

Intanaziela said...

rosmona: kemas cam gitu? hish..tak nampak white board dgn meja merah tu? tu la tempat hadif kena buat kerja dan nak menyepahkan toys..kalau tidak..mama dia akan BERTUKAR....hihihih

Mc Ta: wall deco? emm..ada gak proposed dgn hubby nak buh wall paper..tapi lom approve lagi ler..hihihi...

Intanaziela said...
This comment has been removed by the author.
Ana said...

cantik n kemas jek umah intan..cuba tgk umah ana..nk jemput dtg umah pun segan..hehehe..

Intanaziela said...

ana: hish..tak baik cakap gitu..kan ke umah kita tu sama jek...ana auni kecik lagi...payah nak berhias bagai..tunggu la auni besar sikit..tentu malatops gitu ...hihihi

aien mohamad said...

wow..cantik ar azila..skerrr sgt tgk..emm..biasa ar..nama pun manusia kan..bab jelous menjelous mesti ada..abaikan je manusia mcm tu..hihihi!!

Intanaziela said...

ain: hihihi first time drop comment ek? tu la ain..kalau nak puaskan hati semua orang sure tak boleh..so ignore aje la...janji kita tak kacau orang..kan..:P

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!