Thursday, June 18, 2009

Nak jalan-jalan... :P

Hari ni attend training kat Twin Tower. Hubby hantar, terlanjur dia pun ada urusan kat situ. Ate aje yg giler jem pagi tadi. 1/2 jam kete tak bergerak. Tensi akak... apa pun enjoy the training dan lepas tu singgah lunch kat kg. Baru...tempat biasa ler kalau ke KL...kalau sesiapa yang nak cuba, boleh la singgah ke Anwar Tom Yam Kg. Baru. Pok tek dia memang maveles..aku suka tengok hubby kalau makan kat situ...mesti bertambah. Lepas lunch hubby hantar terus ke ofis.

selamat...hihihi

Petang pula lepas office hour singgah umah mak. Lepas maghrib pakat pi makan kat Mama Kandar kota kemuning. Ni nama dia ala2 mamak kan..tapinya owner dia malayu. aku makan mee goreng yang tak pedas, konon nak suap hadif..sekali dia tak mo..sabar aje la. Lepas hantar mak, abah dan kak yang balik aku terus balik umah. Lepas mandi bagai mula la packing baju. Esok nak pi Terengganu. Nak attend wedding invitation. Will up date the story bila balik nanti.



Ni, hubby dgn hadif dah naik tido. Aku je dok kat bawah ni...tadi sempat layan citer army wives. Aku memang minat tengok siri ni. Rasanya sebab dalam citer tu ada citer tentang isteri2 yang kena tinggal time suami mereka di hantar bertugas. Mungkin aku rasa jalan cerita tu sometimes kena juga dgn hidup aku walaupun tak la semua. Banyak pengajaran yang aku dapat. Bukan senang sebenarnya bila kena tinggal semasa suami bertugas. Kesetiaan, pemahaman, kesabaran...semua tu kena ada. Ada tu, bila rasa sunyi mula la nak jatuh cinta la..itu la...nauzubillahiminzalik..mudah-mudahan Allah jauhkan semua tu dari hidup aku.

Well cukup selingan itu, nak naik tido dulu. Tak sabar nak travel esok. Pre-Holiday. hiks.

till then, babai :P

3 comments:

Sya said...

Moga selamat dalam perjalanan

Intanaziela said...

terima kasih kak sya.. :P

ina said...

bestnya dpat round msia...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!