Thursday, October 22, 2009

Donat dan DSLR :)

Donat: yang nombor 3 dari kiri :)

Hari ni cuaca kat luar hujan. Mendung dan sejuk. Mood pun jadi layu je..hiks. Saya dapat msg dari Donat, kawan sama-sama belajar kat UiTM Manjung dulu tentang penggunaan DSLR. Sengih sorang-sorang saya dibuatnya. Ye la, teringat masa baru-baru hubby belikan kamera, saya pakai hentam aje ambil gambar, sampai pening kepala hubby. Lepas tu, hubby ajar, satu persatu.

Hubby kata gini "kalau pakai kamera DSLR, tak mainlah pakai yang auto, mestilah tahu penggunaannya sayang oiiii" hahahhaha. Gelak sorang2 saya. Lepas tu pulak, masa semester 5, saya kena ambil subjek photo communication, jadi sedikit demi sedikit saya belajar perkara-perkara basic tentang DSLR. Saya belajar apa itu ISO, shutter speed, aperture setting, focal lengh, depth of field dan macam-macam lagi. Rupanya, kalau hanya ada keinginan dan bersandarkan kreativiti tetapi tidak ada ilmu, tak mahunya menjadi gambar yang kita ambil. Hubby selalu cakap, gambar yang kita ambil kena ada penceritaan. Ada seni. Kalau saya, minat saya lebih kepada journal photo, dan hubby lebih suka menggunakan rules of thirds dia. Hubby suka mencari ilmu yang baru. Pada saya, dia merupakan perpustakaan bergerak saya. Sangat infomatif. Tanya sahaja, dia boleh jawab, kerana dia rajin belajar. Puaslah dia dok suruh saya masuk website sana, masuk website sini...tapi saya tetap merujuk kepada dia. Iyelah..what are husband for, kan? hahahahah.

Tapi dalam seni fotografi ini, saya dan hubby memang sependapat. Kami tak minat gambar yang diedit. Saya sukakan yang fresh. Yang seninya datang dari hati dan kreativiti. Ada gambar yang kita ambil, akan jadi cantik dan menarik bila di edit. Tetapi, ada juga gambar yang hilang serinya bila diedit. Saya pernah beritahu hubby, apabila gambar yang telah diedit itu dipublish, terasa macam sesuatu yang kurang. Yang tidak fresh. Tidak asli.


ini gambar pertama yang saya ambil masa beli kamera di KLCC. Jenuh la dengar kritikan hubby, tapi lepas tu dia puji jugak...hihihih

yang ini semakin maju...tapi masih belum layan mendapat pujian hubby. Tapi lecturer photo com kasi gred A tau utk gambar ni...

Yang ini antara gambar yang saya ambil menggunakan teknik-teknik seperti ISO, shutter speed, aperture, white balance. Ada lagi koleksi gambar personal saya, tapi hubby dah transfer dalam portable hard disk, so malas nak godek2...hahaha. Saya tak cakap gambar yang saya ambil ini cantik, kerana terpulang pada kita sendiri mentafsir erti cantik dan berseni. Cuma saya ingin berkongsi dengan donat; tentang penggunaan dslr yang dia tanya pada saya hari ini. Saya pun masih banyak yang perlu saya pelajari, dan insyaallah nak attend kelas lepas ni... :) Bak kata seorang teman, belajar perlukan guru, tak boleh melalui buku sahaja...

Untuk Donat, selamat meng "explore" dunia DSLR. Jangan malu bertanya, malu bertanya sesat jalan.

p/s: Masa open house hari tu, saya godek2 kamera "hired-cameraman". Sempat lah tanya serba sedikit yang saya tak jelas, sekali ada seorang kawan tu tanya...eh..you tau ke pasal kamera? hahaha hello friend, I belajar ok. Walaupun tak la sehebat pro, tapi cara pegang kamera I tu betul, takat aperture, depth of field...ISO tu I tau okeh...hihihi. Terus teringat kawan hubby yang pegang DSLR tu caranya tak betul..sah la main beli aje...hahahhaha.

8 comments:

Effyliani's Life said...

still exploring it too.

Intanaziela said...

sue: dah beli...hahaha welkam to the club bebeh..

Unknown said...

sronokkan Intan bila blajar sesuatu dan kita dapat hasilnya. puas hati walaupun tak pro.. one day boleh outing sesama walapun brand lain2.. hiks!

Ibu Double Q said...

wallaweh tok guru... banyak dah ilmu dada ni.. org baru2 nk belajar pgg kamera je.. en suami pon baru attend 1 class je.. byk lagi class die kena g. byk lagi yg die kena blajo ni.senang2 blajo dari tok guru ajer la.. kot2 kawan2 dapat kurang ongkosnyer..hehehehe..
entry ari tu bkn ke tok guru kate en suami tok guru suke edit gambo berjam2 depan pc?

Intanaziela said...

Shafahanz-Iman: no problem..meh datang kota kemuning..kita ajak ana sekali...nanti intan arrange dgn member yang cari makan guna dslr..dia boleh perturunkan ilmu...free of charge...

rosmona: video editing, bukan gambar editing my dear. dia more to video editing which is kak ila tak boleh nak ikut...hihihi dok lama2 kat depan PC...huhuhu tak de kesabaran..

tok guru? wei..jauh panggang dari api..amik gambar sendiri boleh ler..dan berkongsi minat dan hobi dgn kawan2 ok ler...kalau nak panggil tok guru, sila la panggil Saiful Nang kegemaran ku tu...atau pun mereka2 yang sewaktu dgnnya... en. suami mu itu attend kelas dgn siapa? belajar aje la dgn dia...lagi senang..sambil belajar sambil minum air..hahahaha

Anonymous said...

kak intan..natt tak kira...nak belajar juga dgn kak intan, tak yah la mrendah diri gitu..ahaks..

MamaZana Baharum said...

Hubby aku br beli D90. Still in learning lagi. Aku pu lak just amik auto je. kena belajar lagi ni.

nanti bgtau la website mana yg ada pasal benda2 ni ek... hihihi..,..

Intanaziela said...

natt? uish..hang..agak2 la...nak belajar boleh..mai datang shah alam..bayak anak dara tu sekali kita jadikan model..hahahha

mama zana: boleh..nanti aku email kat hang website yang boleh dijadikan panduan.. D90 nikon kan? tak pe, mula2 pakai auto, tapi bila dah tau, sure tak mo pakai auto...tak adventure...hahahah

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!