Thursday, October 15, 2009

Satu, Dua, Tiga, Empat.

Malam semalam, hubby dah balik keje. Dua minggu lagi baru berjumpa Hadif dan Babah. Waktu babah berkemas-kemas, Hadif dah mula tak tentu arah. Mata pun berair aje. Biasalah, dah dua minggu berkepit bagai. Kawan bergaduh, kawan main PS2 sama-sama, kawan tidur sebantal. Lara sungguh hatinya bila babah nak balik kerja.

Kali ni hati rasa tenteram sikit. Sebelum hubby balik kerja dia dah masukkan sistem ADT. Di kawasan perumahan yang saya tinggal sekarang ni pencuri dan perompak tengah bermaharajalela. Ada Security Guard dah kena terminate. Apa taknya, patutnya jadi JAGA kenalah berjaga, ini baru pukul 10 malam jaga dah tidur. Hangin juga dibuatnya. Dah la bayarannya sampai RM60 sebulan, tapi servisnya sangat lah teruk. Jadi, hubby kata, daripada pening ramai-ramai dok memikirkan soal security guard, biarlah dia pening sorang2 pasang ADT system. Saya pun sekarang, dah boleh tidur lena. Kalau tidak...risau aje hati tu time tinggal berdua dengan Hadif.

Ada beberapa cerita yang saya nak kongsi.

Satu.

Saya baca blog salah seorang blogger yang menghuraikan erti cinta. Katanya "Untuk sesiapa yang masih mencari pasangan, pilihlah yang mencintai kita dan berusaha menunjukkan rasa cinta terhadap kita" Tersengih saya sorang2. Suatu ketika dulu, saya pernah bercerita pada adik saya tentang cinta yang saya dambakan. Saya mahukan seorang lelaki yang menyayangi diri saya. Perkahwinan merupakan sebuah perkongsian. Ada juga yang kata perkahwinan itu sebuah perjudian. Apa kata anda?

Agaknya, berapa ramai diantar suami isteri yang selepas berkahwin akan
  • Menyanjungi pasangannya
  • Menuturkan kata-kata yang lembut dan yang baik-baik untuk menjaga hati pasangan
  • Tidak mengeji pasangan dan tidak merendah-rendahkan kekurangan pasangannya
  • Berbangga dengan pencapaian dan kelebihan yang dimiliki oleh pasangannya
  • Sentiasa sedar dan melaksanakan tugas demi cinta
  • Tidak gemar berbalah dan berusaha mengubah sikap negetif dalam diri demi menjadi yang terbaik
  • Mudah menerima teguran dan sanggup melenyapkan ego
  • Sentiasa mengucapkan terima kasih diatas layanan yang baik dan di atas segala pemberian yang dihulurkan

Fuh, banyak lagi sebenarnya..tapi cukup lah yang sedikit ini. Cukup buat saya merenung kembali diri saya. Masih banyak kekhilafan dan kekurangan saya sebagai seorang isteri. Insyaallah, saya mahu menjadi isteri yang sentiasa menyenangkan hati suami. Untuk hubby, terima kasih kerana sentiasa meletakkan saya dan anak sebagai priority. Terima kasih atas segala pengorbanan...

Dua.

Saya sebenarnya tak peduli apa yang orang lain lakukan. Pada saya, itu hak masing2. tetapi, sebagai seorang manusia yang normal, bohonglah kalau saya katakan saya ni tak ada perasaan. Saya juga akan berasa hati kalau orang berbuat sesuatu yang menyakitkan hati saya. Tapi, back to the square, buat apa saya nak fikir sangat. Saya bukan boleh ubah perangai atau tabiat buruk orang lain. Saya pun bukannya baik sangat pun. Tapi sekurang2nya, saya tak berminat nak kacau orang. Apatah lagi nak mencampuri urusan orang lain. Baru-baru ini, ada seorang makcik dok sibuk telefon saya. Macam-macam soalan dia tanya. Mula-mula saya jawab gelak2 sahaja, Banyak betul soalan dia, dari berapa bayar rumah sebulan, sampai lah satu ayat dia yang saya tak boleh tahan. Dia cakap gini ye..

"Eh, intan..kamu tak nak ke beranak lagi? beranak la banyak-banyak tengah muda nih. Maklong bukan nak menakutkan kamu, ye la, orang lelaki ni, kita kena ikat dia dengan anak-anak ramai. Ye la, kamu dah ada semuakan..takutlah jugak."

La..rupanya dia yang tolong bimbangkan tentang hubby saya. Hello. Suruh saya beranak ramai-ramai sedangkan dia cuma ada anak seorang dan itupun anak angkat. Bimbang kononnya suami saya akan beralih arah. Amboi..amboi...amboi...dia tak tau, kalau anak ramai pun, kalau hubby tu nak cari lain, dia cari jugak. At least, saya yang mengandungkan dan melahirkan Hadif. Apalah yang dia gusarkan bila lihat kehidupan saya sekarang. Pelik sungguh.

Saya pulak, dengan jujurnya jawab begini "alah, shamsul tak kisahpun. dulu bila intan bising2 pasal nak menambah ahli keluarga, dia siap cakap apalah nak digusarkan. Bukan tak de anak. Dah ada pun Hadif tu. Bukan mandul pun."

Ha, ambil. Free aje terkena batang hidung dia sendiri. Hubby gelak besar bila saya cerita kat dia. Siap cakap "agaknya yang, dia ingat saya ni kaya sangat kot..." hahahahah. Saya sebenarnya tak suka menyakitkan hati orang, tetapi, ada masanya saya perlu bertegas agar orang lain tidak sewenang-wenangnya nak memperlekehkan saya. Apapun, saya harap makcik itu telah mendapat pengajaran ayat dengan apa yang saya cakapkan kembali. Semoga dia belajar supaya tidak masuk campur dalam kehidupan orang lain selepas ini. Saya tidak kisah kalau dia ikhlas nak menasihati, tapi janganlah ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus!

Pada saya, dalam rumahtangga perlu ada keserasian. Ada orang cukup redha dengan sikap dan perlakuan pasangan, yang cukup kuat menahan hati dan menelan perasaan yang disakiti. Ada yang cukup redha sekalipun tidak pernah menerima bahkan hanya memberi. Yang tetap bersyukur walaupun tidak sedikit pun pengorbanan dihargai. Kesabaran dan daya perlu ada. Asalkan anda mampu bertahan, itulah jodoh anda sampai mati.

Tiga.

Malam ni kena datang balik sebab nak tengok preparation utk Open House esok. Dah boleh bayang macam mana sibuknya saya esok.

Empat.

Saya nak turun ke bawah, nak melawat kawasan. Quality Hotel dan datang pasang stall. Khemah pun dah siap pasang. oklah. Babai...

6 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan..sepanjang berkahwin, suami tak pernah lupa ucapkan terima kasih selepas makan, ucapkan sorry kalau melakukan kesalahan dan apa sahaja kesilapan kecil yang dilakukannya..akak harus lupakan sahaja, kerana manusia tidak sempurnakan..
Pasal orang suruh beranak lagi tu..ha.ha.ha itu soalan yang selalu sangat tiba ditelinga, teringin nak anak lagi..tapi tuhan tak bagi..nak buat macamanakan..pedulikan aje kata orang...penting hidup kita dan keluarga kita..

Pn. Ira said...

along...suke y "SATU" tu..org nak pecah rahsie nh...org admire along n abg long..hehehe..hope sgt2.org doa nh,along n abg long bhgie smpai akhir hayat...aminn...
org nak jugak!!..hik~
eceh..sentimental sudah ira amira..hahah

maz said...

Salam Intan..tentang anak2 niintan..semuanya kuasa ALLAH..kiranya intan dah bernasib baik ada hadiff yg comel tu...anak ramai pun pening gak...mcm maz ni...pening kepala tiap hari..tapi berbaloi juga...apa2 pun intan kita redha yer...kira dah bernasib baik tu...

Intanaziela said...

kak yatie: sama la intan pun kak..kalau sedikit perkara kecil tu, kengkadang diabaikan sahaja..ye la manusia mana ada yang betul semua..kena berlebih kurang... ttg suruh beranak tu kak yatie pun selalu kena ke? hahhaahha. kalau lah boleh dibeli dipasar raya macam hadif selalu suruh...hahhahaha

Ira Amira: admire along dgn abang long? hahahhaha...tima kasih..tima kasih...nak autograph kah? hiihihi.

Maz: apa pun, intan bersyukur, sebab intan yang mengandung, melahirkan hadif. kalau ditakdirkan dia seorang je anak intan dan suami..intan redha je. At least allah beri juga dia seorang jadi mengikat kasih sayang kami suami isteri..

Unknown said...

Intan... seronok baca catatan Intan hari..
Yup...kita adalah kita, dan kita tidak sempurna.. pedulikan apa orang kata.... Anak? Rezeki yang Esa.. apa yg diberi, itu yang kita terima.
Kaya? Semua orang kaya sebenarnya.. tidak kira harta atau budi bahasa..
'Just follow the path, it will lead us to the light' *wink*

Ibu Double Q said...

anak? anugerah ilahi.. kite tak tahu kite punyer rezeki.. yg ckp byk2 tu pon belum tentu kagi..

kak, dah ade satu tu pon kite bersyukur.. pedulikan lalat2 yg ade tu.. bukan lalat tu yg bagi kite rejeki.. kan jonet kan..kan..kan..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!