Monday, May 11, 2009

Cerita tentang pelbagai

Hari ni masa kat opis, mak lang hadif call. Mak lang bgtau Hadif tak mo buat homework.

Maklang: hello mama, tengok hadif ni tak mo buat homework.
Hadif: oklah..oklah saya buat.

p/s: dgn mama je dia dengar kata.

lepas letak telefon, gaduh balik dgn maklang. Ada ke dia suruh maklang dia mintak maaf dgn dia. Hadif dgn maklang ni kalau ditengok memang macam sebaya. Yang maklang suka menyakat, dah hadif memang anti giler dgn maklang dia. Ada masa, aku pun pening. Ada masa, bila aku kata nak ajak maklang dia pi mana2, dia boleh marah dan tak kasi aku bawak maklang dia. Hish, sampai pening gak la kepala aku bila dua orang ni dah start bergaduh. Maklang hadif ni memang minat dia menyakat. Lagi hadif marah, lagi la dia suka. Aku tunggu je giliran nak kerjakan anak dia pulak. Bila aku warning, tau pulak gentar. Takut aku picit2 anak dia..hahahha.


ni masa tengah baik. kalau tengah gaduh, sabar ajelah aku!


Hadif sekarang ni cukup kuat merajuk. Tak dapat apa yang dia nak, mula la tarik muka. Ada masa aku layankan jugak (iyola, anak den sorang yo...) tapi ada masa aku bolayan jek. Tengok lah muncung dia kalau dia merajuk tu. Boleh gantung hanger baju kat muncung tu.

Lagi dua hari hubby akan balik dari offshore. Weekend ni rasanya will be very busy buat kami anak beranak sebab hadif ada sport day, pas tu aku nak pi gathering fotopages kat sunway, then ada swimming class utk hadif. Lepas tu nak settlekan rumah yang dah pun disewakan balik. Alhamdulillah, lega sikit hati aku dapat penyewa yang dah kawin, kalau student...alamatlah sakit balik kepala aku. Dah jodoh agaknya umah tu nak dapat penyewa yang bernama "azam" . Penyewa terdahulu pun namanya Azam. Semoga tak de apa2 masalah lagi la lepas ni. Letih nak mengisahkan orang nak sewa rumah ni. Lega skit bila dah ada orang yang akan jaga rumah tu. Ye la, dari amik kunci, aku tak pernah pun duduk rumah tu. Memang utk disewa, tapi tetap sayang sebab rumah yang kita belikan.


Dan...macam biasa, hubby memang berpegang pada KPI dia...bercuti 2 kali dalam setahun. Dan, kali ni, destinasi yang dipilih memang mengujakan. Ke mana? nanti bila tiba masanya akan dikongsikan cerita pengembaraan kami. Thanks hubby belanja tiket. We love u!

5 comments:

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

hahahaha dpt bygkan betapa sonoknya sakat budak..dah la hadif pandai menjawab.. lg la mak lang dia suka... mesti jauh nak bjalan tu..siap passport bagai..

sya said...

Agaknya maksedar pangkat mak lang ni emmang suka gaduh ngana nak sedara kot.. kak sya pun kalau ngan anak kak anie tu.. suka betul kak sya menyakat

Ana said...

ada yg buat kawan gaduh tue yg best..hehehe

mama apih said...

lepas ni kena round the world la kwn aku ni smpai tarikh luput...ye la kalau tidak rugi byr mahai buat pasport(itu statement mama aku yer memandangkan dia nak pencen thn ni...hehe, berangan nak berjalan la mama aku tu)

sama la afif pun dengan makcik2 n pakcik dia...kadang2 sampai aku pun naik hangin..menyakat tak sudah...yelah anak buah sorang tu je, hadap jer la!

Intanaziela said...

Mrs. Hasanif: ya allah sue..sakit kepala kadang2 bila dengar hadif mengamuk dek kena sakat...kali ni jauh sikit jalan..tu yg kena pakai passsport...nanti bila tiba masa intan tulih cerita okeh..

Kak sya: ye la kot..nama maklang ni kuat menyakat...naik sesak nafas hadif tu kena sakat

Ana: gaduh2 pun kengkadang memeningkan..hahahhaha

mama apih: baru berbaloi kalau pi merata kan..hahahha eloklah tu ..mama hang pun dah free...leh la ajak jalan2 cari makan...

kengkadang tu aku rasa cam nak henyak je dilla kalau dia start menyakat...menjerit2 hadif dibuatnya..tak pe tunggu anak dia pulak...aku sakat sampai penat..hahhaah

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!