Friday, May 8, 2009

Mothers' Day



Mothers' Day is all about thanking you...

for starting my day on a healthy note

for that delicious breakfast , lunch and dinner

for making sure I am punctual to scholl...

for that advice that make me look cool

for conforting me whenever I start to panic

for nursing me when I am down and out

for telling me when to speak and when to shut my mouth

for raise me up and growing up

for being my nurse, chef and teacher...

Most of all...for being you!

I love u so much mom. Thank you for everything.

-intan-

p/s: hari ni masa dalam kerete, dengar lagu Aishah, syurga di bawah telapak kaki ibu...berderai2 air mata aku nih. Sampai kat opis masih lagi hujan. huhuhu malu nak keluar kereta. Tapi memang touching kan lagu tu, sentiasa buat aku menangis. Bukan senang jadi mak. Bila aku dah ada anak, baru aku tahu, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Segala2nya nak diberi pada anak, kalau minta hati, limpa, usus dan segala pun sanggup aku bagi. Gitu ek dah jadi ibu. Untuk diri sendiri ketepi jauh.

Jauh disudut hati, sentiasa mendoakan Hadif menjadi anak yang soleh, taat dan berjaya dalam hidup. Dulu mak selalu cakap "kalau mak tua, korang tak mau jaga mak, hantar aje ke rumah orang tua". Marah betul aku bila mak cakap macam tu. Selagi aku bernyawa, rasanya tak mungkin aku akan biarkan mak hidup sengsara. Dan, bila aku dah jadi mak ni, baru aku mengerti kenapa mak cakap begitu, kerana aku pun rasa begitu. Bagi aku, membesarkan anak bukan utk mengutip hasil dari anak. Sebagai ibu, membesarkan anak merupakan tanggungjawab aku. Jika aku mampu menjadikan Hadif seorang insan, aku harap dia boleh hidup dengan bahagia dan berjaya. Aku tak harap pun balasan wang ringgit dari dia. Asalkan dia menjadi seorang anak yang mendoakan aku, ibunya...itu cukup bagi aku.

Aku pernah bercakap dgn seorang kawan, memang tanggungjawab kita membesarkan anak, dan andai kata bila tua, anak tak mampu nak balas jasa kita, tak kan kita nak kata anak kita tak mengenang jasa. Memadai dia menjadi seorang manusia yang berjaya, yang mendoakan kita, sudah cukup. Aku? aku bekerja, insyaallah hubby pun ada. (kalau salah seorang tak pergi dulu ler...) Kami bercita2 utk melakukan apa yg tak sempat kami lakukan bersama diwaktu muda2..diwaktu anak kecil. Contohnya bercuti berdua2. Rasanya sekarang kalau nak pi bercuti berdua tak mungkin terjadi. Sebab tak kan sampai hati nak tinggalkan hadif. Tinggal sekejap pun rasa hati dah meronta teringatkan dia. Agak2nya, bila kami tua, hadif akan ingat tak kami macam kami ingatkan dia? emmm...aku pun tak tau. Korang tau? hiks.

Sebagai seorang ibu, sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak. Terima kasih mak. Terima kasih atas kasih sayang dan terima kasih kerana menjadi kawan baik selama ini. I love u so much. (again! kesat air mata..hubby kata aku emo...huhuhu)

8 comments:

Ana said...

betul laa intan..pagi tadi ana dgr hot fm..farah fauzana nyanyi lagu versi 'Untukmu Ibu' tuk mak dia live td..perghh..ana lak yg bergenang air mata..
bukan senang jadik seorang ibu kann..bila dah ada anak nie baru kita rasa kann..
ana sayang makkk..huuaaaaaaaa..

Mrs. Hasanif said...

pg td sy pun nangis sowang2 dlm kereta....dah la sinar fm sepanjang mggu topiknya ibu..hari2 bantai nangis dibuatnya...

Intanaziela said...

ana: hahahah tak la intan aje yang hati halusss ye ana... :P

Mrs. Hasanif: sue, memang mengusik hati bila topik ibu dibicarakan kan...hihihi sesamalah kita berhati halusss

Nurain said...

tahun ni tahun pertama hari ibu tanpa seorang ibu.... sedih nya..

mc ta said...

emo??
tak pe ah..emo ditempat yg betul..kan?
happy mother's to us gak kan??
moga kita sumer boleh jadi the best mom to our kids..Insyaallah..

Intanaziela said...

nurain: kak ain...azila tak tau macam mana hidup azila kalau tanpa ibu...semoga kak ain sabar banyak okeh.. :P

mc ta: selamat hari ibu juga mc ta..memang hati seorang ibu ini akan sentiasa halusss agaknya ye...

mama apih said...

sob...sob...selamat hari ibu!Bertuah ada ibu tempat berkongsi suka duka...aku dok bayang bila Afif dah besar dan dia soranglah anak aku, mcm mana gamaknye yer...dia yang jd anak mak or aku yang jadi makwe dia, mana pegi nak ngekor jer...ko paham ker apa aku ckp ni...hehehe

Zanna_MamaBatrice said...

happy mother day intan for you and your mum also
yelah...now, bila dah jadi ibu
baru kita sedar tanggungjawab dan pengorbanan ibu kita terhadap kita
anak dan suami adalah keutamaan...

re : thanks intan singgah rumah zana...kita pernah jumpa masa gathering kat titiwangsa last year kan....so, this year intan join lagi ker

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!