Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja...

Hari ini adalah hari pekerja. Dek aku seorang pekerja, maka aku pun bercutilah pada hari ini. giler kentang statement ini. Ayat merapu. Mulanya dok citer kat hubby yang dah balik offshore tu, aku dgn hadif nak pi jogging. Hubby siap cakap "jogging atas katil..." hiks. betul la tu.

Aku siap sidai kain, pas tu breakfast dgn hadif. Teringat pulak janji nak visit baby pak li dan ani. So, suruh hadif siap (see, senangkan anak dah besar, pakai baju, pakai seluar sendiri..) pas tu kami pi la tengok baby Alisha Irdina. Ceh, kemain glamour nama anak si Pak Li. Muka pun dok saling tak tumpah muka daddy dia. Ceh, (again!) Ayu, ko jangan tak tau, Pak Li dok bahasakan diri dia daddy... wakakakkaka. Sempatlah aku sembang panjang dgn Ani, isteri Pak Li pasal anak2 yang lahir tak cukup bulan nih.

Balik dari tengok baby kami lepak umah jek. Hadif layan kartun, aku layan mengemas umah apa yang patut. Dan, sekarang ni ada kat umah mak. Nak buat revision statistic dgn dila. Maklumlah, dia cerdik statistic sikit compare to aku..hahahhahaha :P

Mak tengah sibuk2 mengemas, esok nak pasang kabinet kat family hall dia. Sekali aku tengok ada album masa pi honeymoon dulu. Masyaallah...time tu...tak le comey sangat cam sekarang. Time tu gi Melaka, dalam pakej berbulan madu, tapi singgah attend weeding matlan dan zura di ayer keroh. Time tu geng2 hubby sumer pakat2 kawin. Dan, sekarang, diorang sumer dah dua tiga orang anak..kami je masih satu. huks..


posing kat kete sape ntah. kredit jugak kat kete tu yang membuatkan gambar aku nampak live. hiks


masa ni singgah kat Pengkalan Balak.


ni masa attend wedding matlan dan zura kat ayer keroh

Rasa kejap je masa berlalu. Time tu aku baru 24 tahun..sekarang dah 13 tahun..aha...kelas gitu. Kak yang kata "comel along masa tu, patutlah abang long sayang" eh, sekarang lagi comel apa, tapi adakah abang long masih sayang macam dulu? yang..jawab sikit. Aku pulak rasa, semakin hari semakin sayang. poyokan. Tapi memang betul pun. Sumpah tak tipu.


letak gambar pasangan yang tengah in love giler... :P

p/s: gambar ni scan jek..so kualitif sangatlah tak memuaskan.

2 comments:

mama apih said...

Wakakaka...daddy...kelas dari kita ekk...ko pegi umah dia ke?

rosmona said...

selamat ari pekerja sis..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!