Wednesday, May 6, 2009

tebal atau nipis?

Alhamdulillah, selesai sungguh semester yang mendebarkan. Yelah, kebanyakkan subjectnya sangat menjerat jiwa...statistic la..marketing la..law ler...economy la...fenin. Habis je exam rasa nak menjeri suka. hahahah tu la, dulu suh belajar nak kawin. amik ko. wakakakkaka.

Hajatnya nak update blog dgn macam2 cerita, tapi towards the end cerita tepu sahaja dalam minda. Penat sangat sebab dok berulang alik ke seksyen 16, sebab rumah yang aku sewakan tu penyewanya dah keluar, dan aku dah iklankan dalam mudah.com.my so ramailah jugak yang call dan nak tengok rumah. Hari ni pun ada lagi yang nak tengok rumah. Hari tu penyewanya orang bujang, dah elok2 dia kena trasfer pulak ke Johor. Aku ni seboleh2 tak mo student yang duduk pasal ada sekali tu aku kasi student uitm shah alam duduk, punyalah menyakitkan hati. dengan bil api air yang tak berbayar...rumah tak berjaga. Dah la maintenance fees aku yang bayar. songeh betul la budak2 sekarang ni. Tak sensitif pada kemanusiaan betul. Tak kan nak duduk free je kan. Nama pun rumah sewa, mestilah kena bayar.

Lately ni my sister selalu ada kat umah, and for sure hadif dan dia akan bergaduh. Serius. Macam sebaya je mak lang dia dgn hadif tu. Baru2 ni hadif sound maklang dia:

Hadif: Maklang ni seksi lah.
Maklang: Kamu tau ke seksi tu apa
Hadif: Seksi tu macam Aku Stacy la...
Maklang: along....ko dengar apa anak ko cakap nih...

hahahhaha. Manalah dia belajar. Pening aku.

Ada satu hari tu, dia main basikal kat porch. Babah dok bising takut kene kereta, dia boleh cakap kat babah dia "trust me..."

Hadif dah besar. Since dia tak mo berenggang tido dgn kami, hubby beli satu tilam angin letak kat sebelah katil. Dia akan tido kat tilam dia walaupun babah dia tak de. Aku ni, as a mother, ada masa tu tak sampai hati, ajak la dia tido kat katil aku, dia jawab gini:

Hadif: tak pe la, hadif tidur kat tilam hadif saje...
huaaaa...dah besar...tak mo tido dgn mama dah..tapi tak mau pulak tido bilik dia sendirik. chait.

Ahad ni Hadif ada swimming lesson kat Pusat Akuatik. Harap2 dia oklah. Rasanya ok sebab kat Q-Dees pun dia ada swimming class dan according to Puan Nani dia dah happy swimming sekarang.

oh, berapa hari lagi hubby akan balik? jawapannya 7 days more to go...

Pagi tadi dengar Era. Sekarang aku layan Aznil dgn Din Beramboi. Hadif pun tau, dengar je suara terus cakap "ni suara uncle aznil kan mama?" bila ntah aznil tu jadi uncle dia..hahahha.
Debat pagi tadi tentang tebal atau nipisnya sifat romantis pasangan kita. Aku dok gelak je dengar ada yang suaminya terlampau romantik, ada isteri yang over romantik. Aku? aku rasa aku yang sedang2 jek. Hubby pun gitu. Takap kalau nak pi keje tu dia kiss my forehead, panggil aku yang... gurau2...peluk2...tu biasa dah. Kalau yang tebal punya romantik tu aku pun tak tau cam ne..hihihihi. Tapi, yang pasti, tak kira kat offshore ke, kat darat ke, perkataan I love you tu mesti sentiasa digunakan. Kalau cakap telefon, nak letak tu cakap la I love you. Kalau lupa..tanya tak u love me tak? hahahhaha :P

semalam sempat borak dgn sorang kawan yg hubby dia kena transfer ke Perak. Kawan aku tu tak de baby lagi. Sure dia bosan. Tapi tak pe, kadang2 bila berjauhan ni la jadi kasih sayang tu bertambah erat. Hubby selalu pesan kat aku, bersuamikan orang keje offshore, aku kena kuat, kena tahu berdikari. Tak boleh cepat melatah. Maklumlah, kalau tayar kereta nak pancit pun time hubby tak de, kalau paip air bocor pun time hubby tak de, anak demam pun time hubby tak de...kena bersedia. Paling penting pada aku kena redha dan enjoy...enjoy life. Tak boleh sedih2, dah memang takdirnya suami kena cari rezeki melalui cara kerjanya begitu, kenalah redha. Alhamdulillah, aku happy dgn hidup aku walaupun ada masanya rasa sedih juga bila ada masalah, rasa need someone to talk hubby jauh. Tapi apa ada hal, cakap telephone, call aje... sekarang ni dah mudah. kan? macam orang cakap tu...semakin hari semakin sayang? oh lala...

oklah, aku nak sambung keje sikit. Hari ni ramai tak de kat department. yang gi teambuilding, yang cuti. see you... babai.

4 comments:

Effyliani's Life said...

lega ye dh habis exam. mesti AD lg sem nie

Intanaziela said...

suei: tak maunya...soalan law susah gilos babas tau...pening nak jawab...

sya said...

Dah habis exam ek? kak sya ni kalau nak suruh belajar kat kolej semula agaknya lagik teruk.. walaupun dlm hati nak gak rasa amik MBA

Intanaziela said...

kak sya: dah abis dah..lega...hihihi kak sya..buatlah MBA...kak sya mesti boleh punya...hiks

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!