Sunday, May 31, 2009

our weekend story

Lama tak update walaupun beratur cerita yang aku nak cerita. Tak de mood. Sungguh. Dan...malam semalam aku demam. Tinggal berdua dengan Hadif, layan demam dan layan cerekarama. Sedih sey. Sungguh. Bukan aku je kata, mak pun kata..dia sampai menangis. Aku tak le pulak menangis. hahaha. Alangkah indahnya hidup kalau semua wanita seperti watak Aida yang dilakonkan oleh Ogy. Wanita yang tak sanggup merampas hak orang lain, suami orang lain. Cumanya dalam hati aku kata cerita ni anti klimaks bila ending dia gitu jek. Sungguh.

Hari ni layan hadif di rumah sambil mengemas rumah. Rasa nyaman je duduk berdua dgn Hadif kat rumah hujung minggu ni. Dia pun tak banyak kerenah, abis kuat mintak susu, mintak minum, mintak makan. Walaupun demam, rasa happy sebab spent quality time with Hadif. Layan dia tengok kartun. Dan, waktu entry ini ditulis, Hadif dah bising suh pasangkan dia vcd "what i what to be". Kalau ditanya, memanjang aje dia sebut nak jadi doktor. Tak de sape pun ajar, tak de siapa pun suruh. Dari umur dia reti jawab bila orang tanya, dia akan jawab "I want to be a doctor". Sejuk aje hati eh? Actually aku tak kisah apa nak aku nak jadi, asalkan dia jadi manusia. Jadi modal insan gitu. Tak jadi doktor pun tak apa hadif..asalkan jadi anak yang baik, yang soleh dan membahagiakan mama dan babah. Amin...

Rabu ni will be away from office, attending teambuilding at Awana Genting. Sedih je hati nak tinggalkan Hadif. Since hubby kat offshore, Hadif akan tinggal dgn opah dan atuk dia. Mesti aku rindu dia...sangat2. Huk..huk..huk..sedih.

Dan, kalau ada internet connection aku update la blog ni, kalau tak de, jawabnya KIV lagi la entry2 yang aku nak buat yek.. till then... jumpa lagi...

babai

4 comments:

Ana said...

demam ke intan..sian dia..makan ubat yek..moga cepat sembuh..

rosmona said...

huwawawawa.. sian intan payung kena tinggal..tp yg nangis bkn anak die.. mak die yg nangis..terbalik da..

Nurain said...

Azila, jgn la sedih... kat Awana tu ada PC with Internet connection... boleh update bila lepas kelas malam..

mc ta said...

nasib baik hadif nak jadi doctor..danish lak nak jadi ultraman..lagi haru..he..he..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!