Friday, May 15, 2009

Boikot!!

Cerita boikot memboikot produk amerika ni dah lama. Aku dan hubby pun turut serta memboikot. Lama sungguh aku tak makan McD. Hadif pun diajar, apabila dia buka mulut minta McD, kami akan kata "boikot". Sampai dia boleh cakap gini

Hadif: I want to eat Mcdonald, but...boikot!

hihihi. aku gelak je. Memang kami berusaha utk berpegang pada keazaman tak mau makan mcdonald, dan alhamdulillah, kami berjaya. Lapar setahap mana sekali pun, kami tak akan ke mcdonald. Boleh pun. Ye la, selama ni disogokan dgn pelbagai fast food, dgn cara memboikot ni, at least pengambilan makanan segera dapat dihentikan. Hadif pun dah macam get use to it.

Baru2 ni, mak lang dia menjemput dia balik dari sekolah. Dengan maklang, walaupun rakan bergaduh dia, tapi bab mencairkan perasaan maklang dia, dia memang teror. Puaslah dia kecek maklang dia nak makan bubur mcdonald. Maklang dia ni pun apalagi, cairlah. Telefon aku di opis. Mulanya memang aku tak bagi, tapi bila maklang dia kata kesian kat Hadif, dah la Hadif ni bab makan sangatlah memilih, aku pun tak sampai hati, aku berilah keizinan pada maklang hadif utk beli bubur sahaja.

Mak Lang: Boikotlah hadif. Tak boleh makan kat McDonald ni...
Hadif: Mana ada boikot, tengok tu, orang ramai!

Aduh....macam mana yek? Anak itu terlalu menguji. tak pe lah, aku akan cuba dan terus mencuba. hihihi. Bak kata ayu, kita kena istiqamah. Aku tak mahu hadif membesar dgn makanan segera. Sebenarnya banyak lagi yang kami boikot utk hadif, contohnya magee mee, twisties, air berkabonat dan segala junk food. Mula2 dulu, memang susah nak menerangkan pada dia mengapa dia tak boleh makan, tapi sekarang, alhamdulilah, dia sendiri dah tahu yg dia tak boleh makan. Ada masa bila bagi peluang dia makan, tak habis pun dia makan, sebab dia tak biasa makan kan...

Oklah, nanti cerita lagi. Esok Hadif ada Annual Sport Day. Mama dia yg excited nak tengok anak bersukan. Jumpa lagi..daaaa

5 comments:

mama apih said...

Hehe...apih pun dah tak mintak2 KFC lagi..tapi bab2 junk food tu memang susah...kalau dengan najib, memanglah susah nak dapat tp kalau ngan aku...mak, mcm tu lah cepat cair dengan anak..tambah2 lg sekarang dia dah pi sekolah...dah pandai pegi kantin,mcm2 dibelinya...susah aku nak pantau...tapi yg herannya, aku bg singgit dibelinya berbagai2 belen singgit gak...bila aku tanya dia kata kawan belanja...hehe...kadang2 beli brg agak2 aku posen2 ja tapi duit habih..bila aku tanya dia kata belanja kengkawan...anak aku tu kira pun tak betul lg..tu yang duit kejap ada belen kejap habih langsung...Hadif pandai pegang duit?

aNIe said...

Intan...akak dgn anak2 dah lama tak makan McD sejak kempen memboikot ni...ada aje tu sekali sikecik merengek nak makan so belikan makan tghari yang jimat tu untuk dia...sian pulak...meleleh air liur dia...hehehhe

Ibu Double Q said...

marilah kte brsama buat yg trmampu.. Bkn kate hadif n budak2 yg lain,kadang2 sya pn trliur same.tp kutahan jga .ye la kan,sblm2 ni xpnah amik ksah.jom boikot mari boikot..

Intanaziela said...

mama apih: ayu...hadif tak pandai lagi pegang beli2 guna duit..dia tau order saja...tapi duit cukup kenai..tambah2 duit RM10...kenal sangat..hiks

kak anie: tu la kan..kesian tengok dia..tapi kita kena istiqamah....

rosmona: betul..betul..betul..jom boikot... :P

@hasney^-^ said...

bab boikot memboikot ni mujurlah, kami sekeluarga bukan kaki McD, tpi KFc tu leh tahan gakslaaa...hasney yg kaki KFC tp tidak McD.

Alhamdulillah gaks, so far anak hasney pun takder gaks di ajar makan2 junkfood ni..mmg dowang tk kenal pun, tpi kalau 'org' yang bagi...dowang belasahlah..tpi kalau kami nk membeli tu takder maknanya...jgn haraplah..So far, anak2 has tak delaa kenal lagi..Twisties ker, air bikarbonat ker....or lain2 junkfoodlaa....Tapi tu lah..skrg ni lum sekolah..lum pandai membeli sendiri..tp nanti kalau dah sekolah tak tahulah kan?..Harap2 tidaklah...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!