Friday, December 26, 2008

Suka...suka...suka...

Hari busy buat registration online. Leceh sungguh. Nasib dah settle. Alhamdulillah, nak mula semester baru. Final exam dah selesai. Alhamdulillah. Hantar sms pada lecturer, En. Norsham Firdaus. Dia ajar Photo comm. En. Sham ni baik la sangat. Dia antara lecturer yang pergi lawatan sambil belajar ke New Zealand, yang masuk berita baru2 ni ada seorang pensyarah dan seorang pelajar meninggal dalam kemalangan kat NZ.

I wrote like this "En. Sham, thank you for the grade for photo com and syukur u and others selamat". And he replied me "its u effort, terima kasih atas doa itu. Aku sengih sampai ke telinga. Tak sangka dapat A utk that subject memandangkan aku liat sungguh nak menyiapkan assignment. Ye la, time tu nak pindah umah, dgn hubby jatuh tangga lagi,..dgn kerja opis yg melambak. Ingat lagi, menjelang keesokkan hari dia nak fly ke NZ, dia siap call dan hantar sms suh aku hantar assignment. Aku memang time tu dah nekad apa yang ada je la yang aku hantar, tapi memandangkan En. Sham ni sangat baik, aku gagahkan jugak siapkan assignment tu. Dan, alhamdulillah, dapat gak A. Aku memang minat dgn subject tu. ye la, main dgn dslr. Tapi setakat kelas ujung minggu, tak mampu nak mempelbagaikan skill. Kena attend course dgn Saiful Nang nih. Hihihi

oklah, till we meet again. Jumpa lagi tahun depan yek (macam la tahun depan tu jauh benor lagi yek..?)


Enry sebelum coti..

Cuti xmas ni kami bertiga beranak dok umah saje. Kemas bilik bawah tu. Sumbat segala kotak2 dalam stor. So, petang ni atuk, nenek, dan keluarga alang hadif datang dari Pahang.

Petang semalam gi visit my SIL kat hospital Tengku Ampuan. Dah 4 hari dia kat wad, belum bersalin lagi. Kesian aku tengok dia menahan kesakitan. Tapi nak jadi ibu memanglah susahkan. gitu la mak2 kita dulu bawak kita dalam perut. Time aku pregnantkan hadif pun aku dok ulang alik masuk hospital. SMC tu dah macam umah kedua. Sampai sekarang, kalau nurse tu jumpa aku, pandang ke hadif, diorang akan cakap " ooo..ni la budak yang tak sabar2 nak kuar dari perut mama dia yek?" kuikuikui

Pagi ni hubby nak gi Q-Dees. Nak bayar registration Hadif. Tapi dia buat pelik la pulak..boleh pulak hari ni dia cakap dia tak mo pi Q-Dees. Sakit dada mama dia nih. Babah dia bayar utk first month dulu. Manalah tau, sampai masa dia bantai meraung pulak nak pi Genius Aulad balik. Haru..haru...

oklah, Selamat berhujung minggu. Weekend ni kami balik Pahang kejap kot, andak hadif buat kenduri kesyukuran masuk umah baru. Pas tu aku cooooti... Langkawi ...tunggu....

p/s: nini..jumpa di sana...

oh ya, Ana, seronok dapat jumpa ana online, dan kita dari kejiranan yang sama. Invite la intan utk baca ur blog ya?


Monday, December 22, 2008

Nasi Ayam Hainan

Sabtu aku join gi kelas masak nasik ayam hainan. Best sangat. Banyak teknik yang dapat dipelajari. Sebenarnya, salah satu faktor utama enrol this cooking class sebab hadif sangat suka makan nasik ayam terutama yg kat chicken rice shop. Petang tu jugak pi Tesco beli barang2. Berangan nak buat hari Ahad. Aku beli sekor aje ayam. Ye la, utk aku tiga beranak, plus mak, abah dan dila. Tapi, Ahad tu, Pak anjang and family pun ada kat umah, so suh hubby pi beli lagi sekor ayam. Alhamdulillah, jadi jugak la nasi ayam hainan aku tu. Tengok hadif makan 3 kali tambah, babahnya pun makan bertambah, dan paling aku "kembang" (sila baca comel, okeh?) anak pak anjang aku tu cakap macam makan kat kedai..woohaaa kekekeke. Gambar lupa nak amik. Tapi gambar masa ayam tu digantung hubby ada amik.. nak mintak hubby email la gambar tu.

Rasa syok pulak masuk kelas ni. Cumanya selalu clash dgn kelas aku ujung minggu. Aku rasa salah satu minat aku dah ke arah masak memasak pulak. tee heee...kakakakak kak sya, boleh tak buat kelas utk intan, nak belajar buat chicken pie la...pleaseehhhhh?

Ujung tahun ni musim orang bercuti bagai. Kat department aku ni pun berlomba2 orang hantar leave application. Aku? lagi la awal, nak cuti ujung bulan, awal bulan dah submit application. Rasa cam tak sabar je nak jalan2 dgn family. Tapi dalam pada tu, sebenarnya dok tertunggu2 bila la my SIL nak bersalin. Tak sabar nak ada ada sedara belah aku pulak. Lagi pun dah lama kuarga kami tak dengan kenyaringan suara baby menyanyi. (menangis la tu). Hadif dulu pun bukan jenih penangis. Nak susu merengek sikit2 je. nak tido pun tak meragam. How I wish ada lagi sorang adik hadif macam abang hadif dia. Malam tadi, dia dah tido, aku sakat2 dia pun dia leh senyum2. Tak marah pun. Kagum sungguh aku. Sampai kena marah dgn hubby sebab kacau anak dia tido.

Ni kisah semalam, masa anak2 pak anjang aku ada kat umah. Hadif main la dgn sepupu aku yang 6 tahun tu. Sekali aku dengar dialog gini:

"honey, nanti lah, abang nak pergi work nih" - hadif la cakap tu.

aku ternganga jap.

Pas tu mak lang dia gelak besar...

"long, ko dengar tak anak ko cakap apa?"

honey? aisyemen..manalah dia dengar ni? aku dan hubby tak pernah la pulak guna nick name manja2 geli segitu. Mak lang dia pun aku dgr cam brutal je..saya awak je dia bantai bila dgn boyfriend dia. Ni mesti dok dengar ayah ngah dgn mak ngah dia atau pun ayah su dia bercakap dgn aweknya. Kureng betul la. Bila aku usik2 dia, dia cabut lari..malu la tu. Ish anak mama ni, baru 4 tahun. Bahaya betul la. Bila citer kat babah dia, babah dia gelak je. Mewarisi gen siapakah? apakah? kekekekek


soksek: cepat lah aku terima menantu!

Friday, December 19, 2008

Rumah Ku Syurga Ku - Utk Kak Puteri Satu

Sebagai memenuhi permintaan akak puteri satu, aku upload gambar sedikit gambar2 rumah ku syurga ku itu. Kak, ini aje yang ada, umah intan biasa2 saje. Manalah tau gambar2 ni leh inspire akak utk hias rumah baru nanti.. mesti tak sabar kan nak tunggu umah siap. Sementara umah belum siap ni, boleh la simpan duit dulu. Lepas tu jenuhlah nak perabih duit pulak. Tapi kami tak de la berhabis2an kak, memadai mengikut budged dalam poket yang ada. Itu pun masih banyak yang tak complete lagi, pelan2... hihihi dah namanya umah sendiri, mestilah nak duduk lama, so perlahan2 la nak completekan wish list. Bak kata hubby "bukannya nak duduk setahun dua tahun, paling tidak sementara nak beli semi D mengadap padang golf pulak... (babah: amin..amin ya Allah, perkenankanlah niat suci suami ku itu..)

Tapikan, dah dapat dok umah sekarang pun dah puas hati, lebih dari itu. Tak perlu menyewa, dan boleh deco ikut citarasa sendiri. Dan, sebenarnya aku tak larat nak pindah2 lagi. Nak mengemasnya..adoilah penat. Sampai tido pengsan depan tangga. kuikuikui.

Ni aje la gambar yang ada, sekarang ni dah malas nak amik gambar. M besar dah mari ooo.. nanti kalau sempat intan amik gambar bilik hadif okeh?

Thursday, December 18, 2008

tipon buat hadif

This morning, while I am driving heading to office, kat sinar fm main lagi Billie Jane. Terus cakap tipon, dial hubby kat offshore. Dia suka lagu ni. Kalau dalam kete tu, bila dengar lagu Billie Jane ni, dia nyanyi cam kat karaoke. Aci gitu?

Dah seminggu rupanya dia kat offshore. Patutlah dah mula rasa rindu. ei..gatal ek? tapi normal la kan, rindu pada hubby. Hubby cakap bila la dapat nak bercuti berdua2an kami nih. tunggu hadif masuk sekolah kot. Bila dia tanya aku, nak pi mana, aku cakap London. Lagi la boring che abang tu. Nak yang jauh je. Dia kata pi la Thailand ka, Indon ka..ni terus nak gi London. Ye la, dgn Airasia, everybody can fly eh? Projek tahun depan la kot kalau nak pi cuti jauh2 ni. Tahun ni kena settlekan dulu melengkapkan kelengkapan istana kami tu (sila baca rumah ku syurga ku). auto gate tak pasang lagi, alarm system pun tak buh lagi. masih banyak nak kena spend. Matilah. kekekekekek

Hajatnya nak jalan berdua together2. Tapi bila tiba masa, believe me, mesti bertiga jugak. Hari tu time aku kursus kat KL, dah siap bayar dah hotel online, nak pi berdua, nak tinggalkan hadif dgn opah dia. Tapinya, tak sampai hati, balik jugak tido kat umah. Membazir jek bayar duit hotel. Nak pi Penang hari tu pun, plannya nak ber'honeymoon' tapi tetap jugak kelek hadif. Mana boleh tinggal che abang kecik tu. Kalau tak de dia cam rasa tak bermaya jek. Tapi kalau ada, mula la berperang sokmo. hiks

Hari ni dapat handphone yang aku order kat hubby kak shilla. LG phone. Untuk sape yek? utk budak yang asyik cakap "tapi, hadif tak de handphone!" bila babah dia nak pi keje, pujuk dia kata nanti babah call dari offshore. So, harap2 lepas ni dia tak de la cakap gitu. sedih dengornye. Ada satu hari tu, dia main handphone mak lang dia, mak lang dia bising. Dia cakap gini "nanti hadif nak suruh mama beli handphone utk hadif la". Aiyo anak...umur baru 4 tahun. Mama dia ni dulu, umur 17 tahun baru kenal erti handphone. Lepas ni senang sikit nak tanya khabar dia time aku kat opis. Tentu ada yang kata, anak kecik lagi dah bagi handphone. Ala basic phone aje. Reganya pun tak mahal mana, janji hadif happy dan senang dia nak terima call dari babah dia. Aiyak, lepas ni babah dah tak dapat cakap dgn mama lagi la...?

oklah, nak pi solat dulu. till then..

Monday, December 15, 2008

click..click

Baru sempat nak tengok semula semua gambar masa little ihtifal hari tu. Dan, tak sangka ada gambar yang ini...agak2nya, ada sape boleh teka tak sapa yang kena candid nih? :P



p/s: kepada yang gambarnya tertera di skrin, sila email alamat anda kepada saya. :P err..lariks...

Cerita Biasa

Lama jugak tak up date blog. Rasa malas yang amat. Tak tahu kenapa. Banyak juga citer yang terlepas nak diceritakan.

Hubby dah naik offshore. Kali ni Hadif penyedih sikit bila nak berpisah dgn babah dia. Siap nangis lagi. Naik itu babah. Sedih pulak bila bangun pagi2 dia tanya babah dia mana, bila babah nak balik, tak nak gi amik babah kat airport ke... adoi lah.

Dan, macam aku pernah cakap sebelum ni, perkara2 yang tak diingini akan berlaku bila hubby dah ada kat offshore. Pagi Khamis, (selangor cuti, sultan's birthday) aku nak pi amik cleaner, nak bersihkan apartment kami yang dah dikosongkan. Hadif aku tinggalkan dengan maklang dia kat umah. On the way ke rumah mak, sebab nak singgah amik abah, nak betulkan paip sekali, aku rasa lain macam. rasa cam goyang je. aku berhentikan kete, tengok2 tayar belakang tu pancit. Adoi lah. Tapi dek sebabkan aku ni isteri orang offshore, aku maitain cun aje la. Nak sedih buat apa. Nak marah buat apa kan. Walaupun hati aku bengang giler. Ye la, bulan ni aje habuan tayar dah beratus2. Aku cuba nak tukar sendiri, tapi malangnya kederat aku ni tak sekuat perasaan dan semangat aku. Sekali lagi abah jadi penyelamat.

Sebelum trip ni, hari yang hubby nak balik darat, tayar kete belah belakang pancit. Dah la petang tu nak jemput hubby kat airport. Bila hubby balik, dia tukar keempat2 biji tayar kete. Bila balik kampung, hubby terlanggar lubang, tayar kete tu pecah. Selamat ler tayar yang umurnya baru je seminggu tu. hihihi.

Semalam pulak, suis kipas kat umah tu rosak. Again. Jadik time hubby kat offshore. Aku gelak aje la time ni. Eh, ada tak kawan2 yang ceritanya serupa dgn aku? Cepatlah masa berlalu. Cepat la hubby balik. Rasa pendek sangat kami spend masa sama2. Banyak sangat xtvt menjadikan masa dok umah tiga beranak jadi kurang.
oklah, nak kuar cari suis lampu kat area Kota Kemuning. Anybody kat kota kemuning? moh ler kita lunch together2...

Thursday, December 4, 2008

Sharing is caring...

Cerita dibawah ada cerita seorang teman. Dan, aku telah berjanji utk merahsiakan siapakah dia, di manakah lokasinya.


Si B, menceritakan kepada aku tentang perasaan kurang enak yang dia alami apabila berjauhan dgn suami. Suami si B ni baru sahaja mula bertugas di sebuah negeri. Jadiknya, kawan aku ni menggalas jawatan "akulah ibu, akulah bapa" sepanjang suaminya bertugas di daerah lain itu. Bagaimana dia terpaksa bergegas menghantar dan mengambil anak, menguruskan hal ehwal rumah, dan rasa tidak puas hatinya mula menghantui diri bila si suami yang bertugas di luar daerah itu masih boleh keluar menonton wayang bersama teman2nya.

Lebih kurang gini pendapat yang aku beri pada teman ku itu

" Dear B,

hihihihi. Jeles tu tandanya sayang kan? Perasaan tu normal. Tambahan pulak bila dah hidup berjauhan. yang pasti, ko bukan akan berjauhan dgn hubby ko sebulan atau dua, tapi selagi dia bekerja di sana. Nak jadi ibu, and in the same time nak kena jadi bapa, memang memenatkan. Mana nak siapkan barang2 nak hantar ke rumah pengasuh, atau nak siapkan barang sekolah anak, baju sekolah nak kena gosok, kasi anak breakfast, nak buat susu anak, pas tu hantar anak, pas tu pergi keje. Ada masa, bila sampai opis kita rasa kita ni dah macam sadin lunyai. hahahahah. Itu tak termasuk lagi nak kena kemas umah, mop lantai, vacum umah, basuh baju yada..yada... lagi la penat. Dah la kat opis keja banyak. Maunya tak melepek bila balik, betul tak? tapi jangan fikir2 sangat. Jangan susahkan hati ko dengan hasutan syaitan. Kita terima aje semua tu as ibadah. Pas tu happy2kan diri. Enjoiiiii. kalau ikutkan penat, aku ni rasa cam nak pengsan jek.

Ko doa aje banyak2 supaya tak de perkara buruk terjadi. Kalau suami ko kat sana tu niat dia nak bekerja, biar dia bekerja. Setkan dalam fikiran ko tu, yang dia pergi bekerja. Ko tak yah berat2kan kepala nak fikir. Syaitan ni suka la jadi batu api, buat kita susah hati. :)

But, in the same time, u must have a two way communication between u and ur hubby. Sharelah kepenatan ko tu dgn dia. Walaupun dia tak dapat tolong, at least dia leh la mengerti akan kepenatan yang ko alami.


regards,
aku yang comel. (aci tulih gitu? aku tambah aje daaaa)

Seriously, memang tak senang bila kena handle semuanya sendiri. Macam aku, time hubby ke offshore merupakan satu keadaan yang sukar. Mana taknya, bateri kete kong, paip bocor, anak demam, semuanya berlaku time hubby tak ada. Ada masanya, Hadif buat kerenah. Banyak ragam. Masa tu, air mata memang jadi teman. Tapi, aku bahagia melakukan semua amanah yang tergalas dibahu. Ada masa, waktu nak menghadapi peperiksaan, aku nak baca buku, hadif nak itu..nak ini. konflik sungguh. Time tu la dia nak makan, nak minum susu, nak suh peluk sebab dia nak tido. But, I have this as reminder " Love is nothing to do with what u expecting to get, it's what u are expecting to give..which is everything."

saya bukan superwomen or ultimate mother. I am learning everyday and making mistakes every moments. My life takdelah extraordinary sangat. I think common macam other household aje. But, will try to minimize things to break the routine. Still kena buat kerja2 rumah, but dalam sebulan tu, i get a cleaning lady to come to our house. She will vacum, mop, cuci tandas, lap2 habuk, lap tingkap. So, see..kena kuar duit sikitlah in order to get some quality lifesyle kot. hihihi. Dan, paling penting, bila hubby balik, he will help me. A lot. Do a laundry, cuci pinggan, sometimes bersila che abang tu lipat kain. p/s: thanks yang!


pose istimewa dari Hadif & Mama..peewit

soksek:
sharing is caring

Monday, December 1, 2008

Sweet Memory yang masam

Hari sabtu lepas, kami sekeluarga ke Bird Park, KL. Saje bawak hadif berkenalan dgn burung2 sebab dia berlakon sebagai burung masa little ihtifal tempohari. Sampai lenguh2 cik abang tu kena dera berjalan dalam taman burung tu. Last sekali, dia merengek suh babah dia dukung. Banyak handsome muka dia ek, dia ingat dia baby lagi kot, nak berdukung. 20 kg, sengal pinggang babah dia.

Masa nak keluar, dia siap paw mama dia kepala parrot. Lapan belas hengget tu. Sabor aje la anak...pujuk beli yang lain pun tak mo, nak yang itu jugak..


tengoklah, dgn bangganya berpossing dgn kepala parrot.


Sebelum nak citer kenapa entry ni dinamakan sweet memory yang masam, mari kita tengok sikit gambar2 yang ada. Yang lain insyaallah akan diupload dalam fotopages mama yek.



citer yang masamnya pulak plan asal kami nak bawak hadif tengok teater kat ASWARA, titlenya: Bila zoo di tutup. Sebelum tu pergi isi minyak. Pas tu hubby lalu kat dataran merdeka, tiba2 kete punya power stering dah ilang kuasanya. Rupanya salah satu hosenya pecah. huhuhu. takut nak drive balik shah alam, takut penyakit lain pulak yang tiba. Maklum saje la kete kan, kalau ada penyakit, penyakitnya berjangkit2! Mujurlah masa kami dok kat stesen minyak depan HKL tu, ada sorang adik dgn wife dia berhenti kat situ, datang tolong2. Mulia sungguh hati adik tu, siap berminyak2 baju dia tau. Jarang ada budak2 muda yang baik hati gitu. kebanyakkannya, lalu dan pandang saje. Apa pun, kami selamat sampai umah pukul 12 tgh malam okeh. Tak kisahlah tak dapat tengok teater tu, dan tak kisahlah hose tu pecah. Janji kami dah spent quality time bersama2 hari tu. Cumanya, dok mengisahkan kete tu, lebih kurang 3 jam okeh. sampai masam2 badan ni. Tu la sebabnya entry kali ni diberi nama sweet memory yg masam. :P

Friday, November 28, 2008

Langkawi oh Langkawi

Tetiba rasa tak sabar nak pergi Langkawi. Aci gitu? hihihi.

First time jejak Langkawi masa hadif berumur 1 tahun lebih. Time tu, dia tengah ligat sangat. Dalam airplane dia tumpahkan air kat baju sorang mat salleh. Haru betul tu...


Pose pertama bila touch down at Langkawi



Kami, kat area Makam Mahsuri..


Hadif & Babah kat Makam Mahsuri


Pas tu, tengah tahun pergi lagi...tapi kali ni pergi dgn atok dan opah hadif pulak










Time ni Hadif dah mula nak ligat.

Pas tu tahun depannya pulak pi lagi..kali ni bawak atuk dgn nenek pulak :)





Time ni tengah ligats yang amat..hihihi



time ni ayu dan family pun bercuti ke Langkawi. Sempatlah kami berjumpa.


Pas tu, tengah tahunnya pun pergi lagik, kali ni pi sekali dgn kak shilla & Co. Time ni, habis satu Langkawi kami dah jelajah. Sampai ke Taman Buaya pun kami pergi.


Time ni happy sungguhlah hadif, ada geng bas sekolah dia..

Dan, insyaallah, ujung bulan ni, kami sekeluarga akan ke Langkawi lagi ... ada yang tanya, tak jemu ke.. memang tak pernah jemu. Rasa macam balik kampung sajor. Tenang sangat. Kalau drive, bawak 40 km/j pun tak de sape yang marah. Kalau setahun tak ke Langkawi...rasanya tak sah! dan, dulu time nak beli2 barang, hubby kata, tak de tempat nak letak, tunggu pindah umah sendirik. So, darling, boleh ler kita shopping nanti yek??? kuikuikui...

Thursday, November 27, 2008

Oh lala...

Oh, what a day! sangat sibuk okeh. Dari pagi menyiapkan finding utk audit, boss nak submit. Pas tu sibuk buat daily report. Tapi tak pe, esok dah Jumaat. Yahoo. hehehehhe. Malam ni nak pi tengok wayang. Layan Hadif. Hubby dah balik semalam.

On the way nak amik babah dia kat airport, this is my conversation with my boy;

Hadif: Mama, ni tempat babah work ke? (dia tengok lampu2 banyak..dia ingat petronas kat kerteh tu kot??)

Mama: bukan, ni nak pergi airport. Nak amik babah.

Hadif: ooo, babah pergi keje cari duitkan mama? nak bayar duit skul hadif

Mama: Ye, pandai pun. (dalam hati, fuyooo...cayalah hadif, sangat memahami kerja babah dia...kihkihkih)

This weekend we plan to:

1. Nk pi taman burung, taman rama2 dan sewaktu dgnnya.

2. Nk bawak hadif pi tengok teater kanak-kanak kat ASK.

Lama kami tak spend time gini. Selalu aku busy dgn kelas la...itu la..ini la.. Oh, bestnya. oh lala...

Monday, November 24, 2008

Macam2 Hadif

Weekend aku kat umah aje. Petang mak, abah, cik shikin dan dilla datang minum petang. Potong kek Birthday utk mak dan abah. Hadif yang terlebih excited.

Cuti sekolah dah bermula bagi Hadif. Celik je mata, pegang remote TV, mengadap kartun. Senang betul jadi Hadif. hihihi. Semalam, maklang dia tanya dia:

Maklang: Hadif, cuti sekolah ni Hadif nak buat apa?

Hadif: Tido je la, nak buat apa lagi.

Maklang: Eh, boleh pulak tido je.

Hadif: Ye la, bukan mama marah pun.

Can u imagine, tu perkataan yang keluar dari mulut budak umo 4 tahun. Aku dulu 4 tahun cam gitu ke ek? hihihii

Ahad malam - Dok tengok tv je kat umah. Aku marathon CSI. Dan, Hadif sudah tentulah boring sebab tak dapat tengok channel kegemaran dia.

Hadif: Mama, dia buat apa tu? (merujuk pada koroner yang tengah proses mayat..dia belek2 jari mayat tu, buat mcm2 ujikaji...)

Mama: Dia tengah buat test kat kat mayat tu.

Pas tu aku landing baik punya kat sofa, dia pun mula la menghimpit aku, nak baring sebelah. Dah la 20kg, sakit badan2 aku dia henyak. Aku lari ke sofa satu lagi. Pas tu, dia amik toys dia, dia buat cam dalam citer CSI. Dia amik jari aku, konon amik sample la..saboooo aje maknya ni ha. Dia buat aku cam mayat dalam citer CSI. Bila aku marah dia sebab godek2 aku ni, dia pun capai botol susu dia. Tak lama lepas tu, dia terlena sendiri. Nanti aku upload gambar dia lena. Aksinya tak tahan. hihihi. Hari ni handphone tertinggal kat umah. :( cam ne la boleh lupa. huhuhu.

Saturday, November 22, 2008

Tag dari Farah

Aduh..kena tag dgn Farah .. psst: intan ni bab tag lemah sikit..idea kurang..tapi demi kerana farah, intan cuba jawab yek...

1. Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng-tag dia. Like mine - di tag oleh Farah.

1. Mula2 kenal farah - 1st time farah jot down a commet dalam fotopages aku

2. Enjoy baca blog dia pasal selalunya apa yang di tulih, dia tulih pasal diri dia, dan kehidupan dia..

3. Dok kat Penang, suka shopping...tak kira la..window shopping pun... (errr ye ke? bantai aje la farah oii..)

4. Asal from Kelantan.

5. Selain dari blog ni, Farah pun aktif dalam fotopages...betul dak?

6. Kurus...kurus...kurus (jeles..jeles..jeles..oh jelesnya...)

7. Jenih ada pendirian, tak amik pot hal orang lain (wakkakakak pepandai je nak mengklasifikasikan orang ek? )

8. Momma kepada 2 HD

9. Elergi Seafood...(info yang telah sedia diberikan aci tak diguna pakai, Farah? ahakss)

10. Pernah mengamuk kat Manager KFC time birthday anak dia... ha, baru diorang tau yang customer is always right, betul dak Farah? hihihi



DAN, 2. Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara. about yourself.

1. Seorang yang suka gelak, happy2...
,
2. Tak suka amik tau pasal orang lain. Pokok dek kau la..ekau dah bosa...

3. Lurus sesangat. Selalu jadi mangsa buli hubby yg suka mengenakan aku.

4. Kalau marah, selalunya akan diam je. Tak reti nak jawab balik. Paling2 aku nangis. Tak caya, tanya hubby. wakakkakaka

5. Tak suka warna kuning. erk...tak suka..tak suka..

6. Tak makan kari. Walaupun muka mcm spesis mamak2 tapi memang tak suka kari..

7. Tak suka tengok TV. Kalau tengok pun Buletin Utama, CSI, ER, House, 24, pendek kata selalunya aku hanya tau channel 103, 104, pas tu 701. hiihihi

8. Ramah tamah. Tapi selalu kena tipu dgn orang yang suka cakap "lebong". tension ahkak tau.

9. Langkawi is my fav. place to go. tiap2 tahun mesti gi Langkawi. Cam balik kampung pulak. Jangan tanya kenapa suka langkawi, kenapa tak suka sabah ke ..sarawak ke... yang pasti bila berada kat langkawi tu, rasa happy je.

10. I ni kalau orang tengok selalu kata I ni peramah, mulut bising. Hakikatnya, sangatlah cepat tersentuh hati. Bak kata my friend sue-i: kak intan kan cengeng.

3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.so that U'll know... did their really know U...

Yang ini, I tak kan pilih 10 people okeh. To those yang rasanya kenal diri ini...dipersilakan buat. Pleashhhhhhh....

sekian, :)

Genius Aulad - Little Ihtifal


Petang semalam, bergocoh2lah balik amik hadif, atuk dan opah kat umah. Hadif ada little Ihtifal kat Dewan Jubli Perak, SUK. Kelas sungguh budak2 sekarang yek, ada konsert sekolah kat dewan besar. Aku dulu, buat persembahan kat dewan orang ramai jek. hihihi.

Before ni, bila tanya hadif, hadif berlakon jadi apa, dia kata jadi burung. Aku ingat jadi sekumpulan burung ler, tapi bila kuar kat pentas semalam, dia lah satu2nya burung pada malam itu. Tak sedar dalam gelak2 air mata aku meleleh2. Anak aku dah boleh acting atas pentas? tak de langsung muka takut atau gementar. Selamba sungguh..berlari ke sana..berlari ke sini, hehehe mentang2 ler anak aku tu ligat yek, teacher bagi watak jadi burung. Tapi aku suka sangat. He is only 4 years old yek. Rasa sangat bangga.


Dear Babah, Do take a look at the pictures. I am very sure u will be happy with your son's achievement. Rasa macam tak percaya, that boy, yang ada atas pentas tu, anak kita. Bila terbayang moment yang dia terbaring kat katil ICU dulu, tak sangka anak itu sekarang tengah ber "acting" menjadi burung. Bila dengar orang ketawa tengok burung tu laju benar berlari ke sana kemari, mama jadi lupa nak snap gambar dia... oh Hadif, you really make mama happy... (i shed my tears....huaaaaaaaaa)

To all teachers of Genius Aulad, Kota Kemuning.. Thanks you very much for your kind, Terima Kasih diatas segala tunjuk ajar buat Hadif, maafkan segala kesalahan dan keligatan anak ku itu.. (hanya yang sabar sahaja yang boleh handle hadif..) Insyaallah, satu hari nanti kita akan berjumpa lagi..

Balik je dari little ihtifal tu, terus bawak dia pi mc donald..beli kan dia toys and bubur. Dah janji, if he perform well, mama belanja McD. Gambar2 lain nanti akan diupload kemudian yek. Hari ni nak mendobi dan kemas rumah dulu..till then.
p/s: Mc Ta: mana Danish yek? puas intan carik, nak snap picture dia. Ramai sangat kan. Lebih kurang 500 student. Caya lah teacher leh training student diorang. phew!!

Friday, November 21, 2008

My Lovely boy...

Semalam sakit2 badan. Satu badan. Rasa cam menyucuk2 seluruh badan. Sampai aku mengeluh kesah tahan sakit. Tak pernah sakit sebegitu teruk. Biasalah, mak kan superwoman. Kalau sakit, mesti terus tegolek jek. hehehehe.

Lepas fetch Hadif kat umah opah dia, aku stright ke klinik family. Bila doktor check, tengok panas sampai 38.3. Demam rupanya. Tekak pun merah sangat. Siap bagi MC, tapi rasanya tetap pergi keje kot. Sampai umah, mandi, solat, pas tu makan ubat. Ingatnya nak tido terus. Tapi Hadif la, dia godeknya tv sampai tak kuar gambar. Nasib baik lepas godek2 balik, boleh kuar gambar balik. Lepas tu aku naik bilik, terus tido. Mujurlah ada hadif, time tu dgn baik hatinya dia cakap gini "mama sakit ye, biar hadif picitkan" aduh..syahdu sungguh. Syukur Allah beri aku anak, walaupun seorang, tapi dialah peneman dikala hubby kat offshore. Cam mana lah kalau aku ni sorang2..

ni la budak yang jadi sukarelawan memicit mama dia..

Bangun pagi ni rasa macam dah ok sikit. Alhamdulillah, boleh la pergi kerja pagi ni. Tak sedap nak MC pasal bulan ni dah banyak cuti utk exam.

Malam ni Hadif ada Majlis Ihtifal kat SUK. Dia kata dia berlakon jadi burung, bila suh buat action siap ada bunyi akk..akk..akk..burung gagak agaknya. hehehhee. All the best la to Hadif. Jangan dia buat perangai tak mau berlakon pasal mama dia ni ada sudahlah.

Oklah, selamat berhujung minggu. Kami tengah tunggu babah balik utk xtvt hujung minggu. xtvt JJCM dan mengasah bakat menembak..till the fingers meet the keyboard again..daaaa

Wednesday, November 19, 2008

Mind your own business

Selalunya aku akan cuba sedaya upaya utk tidak memikirkan perkara yang boleh menyakitkan hati aku. Paling tidak, aku dengar, pas tu lupakan. Malas nak rosakkan minda dgn cerita2 yg menyakitkan perasaan sendiri. Aku paling pantang kalau orang dok sibuk bergosip hal orang lain. Dan lagi la aku pantang kalau orang yang suka mengambil tahu hal atau urusan aku. Sebab aku tak suka amik pot hal orang lain, "mind your own business".

Kat opis ni, aku memang low profile. Kalau dari segi dressing, memang la out. hehehe. Kalau gi keje tu, biasanya aku banyak lagi pakai baju kurung dari blouse, skrit mahupun seluar panjang. Tudung pun selalunya tak de lilit2nya..jatuh je ke bawah, pas tu pin. Make-up? jangan harap la. Pakai bedak tu mujur. Lipstik? heheheh tak de maknenya..paling tidak aku pakai lip-gloss.

Penampilan aku ikut suka aku la kan? janji aku berpakaian sopan, tak selekeh, dan tak melampau2. Kalau pakai make-up tebal berinci2 pun, bukan boleh cantikkan muka yang dah sedia tak cantik. (fuh,laser giler. tak kira, hari ni hari lepas geram.)

Oleh kerana sikap aku yang sebegitu, akan ada lah dua tiga orang mahluk kat opis ni yang suka benar memandang rendah kat aku. Kalau aku pakai handbag berjenama skit (bukannya LV pun, memadai guess, bonia...) diorang dah jeling2 dan perli2. Agaknya aku tak boleh kot pakai barang2 yang ada jenama, pada firasat diorang aku ni tak mampu agaknya.

Baru2 ni, ada yang sungguh tak puas hati bila tengok umah aku. (bukan aku nak tunjuk pun, dia yang memandai nak tengok2...) Agaknya level macam aku ni hanya sesuai duduk kat umah low-cost je kot? siap cakap belakang lagi pasal sinki kaca kat umah aku. Salah ke aku letak sinki kaca? orang lain pun letak jugak, tapi dek dia tau aku letak, dia punya ngumpat...tak henggat. Adalah hamba Allah yang datang sampaikan kat aku (yang dia pun satu, suka sangat sampai menyampai!)

Aku suarakan rasa rasa hairan aku kat kak shilla. Kenapa aku yang diorang dengki. Aku ni, datang keje, doklah kat workstation aku ni. Paling tidak gi pantry buat air, pas tu gi ladies, gi solat pas tu gi cafe. Pas tu balik. Nama aku nak dok menyembang2 kat workstation orang lain,..kirim salam ler banyak2. Paling tidak aku menyembang pun dgn kak shilla dan kawan2 department aku. Tapi tak bermakna aku tak bercampur dgn orang, cumanya aku tak suka menebeng kat tempat orang, bergossip. Kak Shilla kata, sebab aku ni jenis tak campur orang la, sebab aku tak pakai aksessori2 blink2 ler orang dengki. Tengok2 aku ni lebih dari diorang. eh lebih apanya, takat ada umah sendiri (itupun hubby yang beli!) pakai kete sendiri (itupun hubby yang bayar!) bukannya kete mewah pun. Agaknya kalau aku pakai BMW la..maulah terjojol bijik mata diorang tu. Aku ni jenih tak suka citer2. Time beli umah dulu pun, kawan2 kat department ni tak tahu. Yang tau cuma kak shilla je. Tau2 umah dah siap, sibuk2 nk reno dan nak pindah.

Ada satu ketika tu, time tu KESAS highway tiap2 hari jem, so hubby kuar la motor sebijik, senang nak hantar aku ke opis. Itu pun jadi sindiran, konon cam aku ni nak jimat minyak ler, cam tak mampulah nak naik kete. Pada hal, motor hubby tu kuar dua minggu sebelum minyak naik. Pas tu masalah jem tak selesai bila kesas dah buka 4 lorong, hubby suh aku bawak kete sendiri balik. Time tu tak de pulak diorang cakap apa2. Kalau cakap, mau aku cakap aku dah kaya balik..hihihi

Dan, ada satu hari tu, aku order tupperware kat seorang hamba allah tu. Dan kebetulan hari yang dia bawak barang tu, aku tak de cash in hand. Aku minta la no. acc maybank2u dia, dia boleh sound aku gini "ko ni beli umah besar, tak kan cash dalam poket RM50 tak de!" hangin betul aku. Apa kena mengena beli umah dgn duit RM50 dalam wallet kan. Kebetulan hari tu dalam wallet aku tinggai 10 hengget, ingat balik nanti la nak cucuk duit kat ATM. Sekarang kan ke senang, kalau beli barang kat Tesco pun hulur je kat ATM. Memang aku malas simpan cash banyak2. Kalau beli apa2 pun, bayar online jek, maybank2u. Geram punya pasal, esok paginya aku bayar kat dia RM30.00 , and keep the change. 4 hengget tu baki. Terus dia minta maaf kat aku. Dia ingat aku sengkek sangat kot???

Sebenarnya, perangai2 manusia spesis yang pelik ni tak ramai. Tapi yang sikit tu la yang menyakitkan hati. Ada yang jenihnya, apa yang orang ada, dia nak ada jugak. Biar papa asal bergaya kata orang. Tengok orang pakai baju cap G, dia pun nak jugak. Tengok anak orang ni pakai botol cak X dia nak jugak. Aku selalu ingatkan diri sendiri, kena ukur baju dibadan sendiri. Dan sentiasa ingat pesan hubby, kecikkan perbelanjaan. Bukannya habis bulan habis gaji. Kena ada simpanan. Berbelanja mengikut kemampuan. Lucky me, hubby memang jenih tak suka berhutang. Ingat lagi, baru2 kawin dulu, nak mengadakan semua benda bukannya senang, sebab dia tak suka berhutang. Bulan pertama beli peti ais, bulan kedua beli TV. Pas tu baru la beli dining set, sofa...tapi syarat yang dia letak, tak mau berhutang. Alhamdulillah, kami hidup juga serupa orang lain, cumanya tak la bermewah2. Dan aku pun jenih yang tak suka beli barang, pas tu bayar tiap2 bulan. Contohnya kalau kat opis ni, ada si polan yang jual kain baju.. suh amik bayar bulan2. Sohihlah aku tak beli. Kalau ada duit lebih, aku beli cash. Tak suka la terbeban nak kena bayar macam2 bila dapat gaji. Tapi dek sebab aku tak membeli, dah dikata aku ni kedekut pulak. Habis, cam no?

Sebagai kakak yang sulung, aku selalu pesan kat adik2 aku, jangan asyik nak bertukar2 baju, jangan asyik nak berganti kasut. Tengok duit dalam poket tu, kalau lagi dua tiga hari nak gaji poket dah kering, tak guna jugak. Jangan lupa tanggungjawab pada kedua orang tua. Jangan lupa bayar zakat pendapatan. Barulah hidup tu berkat.

Dari nak meluahkan perasaan, dah terberi ceramah pulak...hiks..sori ye...

soksek: Air yang tenang, don't sangka no buaya nooo... aku yang diam, jangan sangka tak reti marah..kekekekek

Tuesday, November 18, 2008

Akhirnya...yahooo..ya beda bedu...

At last, habis jugak paper final aku. Lega giler. Kuar dewan dgn muka yang ceria walaupun soalan tu buat aku separa mereng. hihiihi apa pun, selepas berusaha kenalah bertawakkal. Malam semalam ada test ..dari kul 8.30 mlm sampai 10.30 mlm. Amik hadif kat umah mak, pas tu kononnya nak go through la notes for paper hari ni, tapi hampeh. Badan dah penat. terus tertido. kekekekke

Tadi, lepas exam dalam kepala tu kononnya nak qada' tido yang tertangguh. Tapi bila sampai rumah, terus je mengemas rumah. Terapi. Aku memang jenis yang payah nak tido petang. Pejam mata macam mana pun, tak mau jugak lelap. Letak kain dalam mesin basuh, pas tu aku layan ler knipnapped, chuck, house...oh bestnya...

Tadi hubby call. Tanya khabar isteri dia ni haa...boleh buat ke tak paper tadi..hihih.. awat rasa lama je trip hubby kali ni yek? walaupun smlm dia bagitau dia balik awal sehari dan suh aku fetch dia kat airport, aku tetap rasa lama...apakah maknanya yek? hehehhe

ni nak gi amik hadif kat umah opah dia. Before that, nak share gambar cup cakes yang aku tempah kat asfa utk diberi pada teachers hadif. Sebagai tanda terima kasih. Ye la, banyak yang hadif dah belajar. Sejuk hati aku bila anak teruna ku itu dah pandai baca doa utk ibubapa. sweet sangat. Next year insyaallah dia tak ke GA lagi, setakat ni hubby dan aku baru survey Q-Dees, dan setakat ni kami puas hati ler dgn susunan program sekolah tu, apa pun we'll see apa yg hadif boleh gain knowledge kat situ nanti... semoga yang terbaik menjadi milik Hadif, the apple of mama and babah heart..


soksek: Bila tanya Hadif, next year nak sekolah kat mana, dia jawab Q-bees. hiksssss

Sunday, November 16, 2008

Just killing a time

Sesetengah orang punya hobi masing2. Ada yang suka bercucuk tanam, ada yang suka membaca, ada yang suka layan internet. Aku pun ada hobi jugak. Hobi ni boleh buat aku tenang aje. Suka..suka...ehhehehe

Aku suka kumpul fridge magnet. Kalau hubby kemana2...dia tak perlu risau nak belikan aku as sovernir. Aku cuma ndak fridge magnet. Kalau jumpa yang berkenan dihati, I don't mind to spend my money. Suka sangat. Ada juga pemberian dari kawan-kawan yang memahami kegilaan aku dgn fridge magnet nih. Kalau susah hati, aku akan tenung collections aku kat peti ais. Rasa puas sangat. Ada tak kawan2 yang nak tukar2 fridge magnet? or ada tak yang nak hadiahkan aku? amatlah dialu2 kan..kekekekeke

hehehe entry yang killing a time jek nih...




ni la dia collections yang amat aku sayangi. Ada banyak gak yang dah pecah dan ada sikit aku tinggal kat fridge umah mak.

cerita malam minggu

Malam minggu ini kami bermalam di umah opah hadif. Masuk ym nak chat dgn hubby tak boleh, nak buat call pun tak boleh go through. Tense betul! Babah dearie, pls read as: we missing u like crazy.

Birthday mak...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih diatas segala pengorbanan dan kasih sayang mak selama ini. Kat umah ni my brothers and in law pun ada. Pakat nyanyi ramai2 kat mak. Kak yang kat Melaka pun call jugak. Hadif yang dah tido pun bangun, wish happy birthday kat opah dia, dan sempat gaduh2 dengan ayah ngah dan ayah su dia. Tak pe, kami tunggu ayah ngah dapat baby, pas tu kami bully sakan la baby dia, kan hadif?

Happy Birthday jugak utk abang Ayie Hadif kat Temerloh Jaya.. Happy 5th Birthday dear. Achu, Mama dan Hadif doakan Ayie panjang umur dan murah rezeki...be a good boy okeh...

I will stop writing now, my boy dah bising suh peluk dia. 2 minggu kasi chance la dia peluk mama dia nih kan.. (psst: kalau time babah ada pun dia peluk jugak...Belanda...kekekekek) and to my dearie hubby, let's meeting in my dream okeh! (kes tak dapat cakap dgn laki la nih...)

Thursday, November 13, 2008

Apabila berjauahan

Baca blog kak anie tentang abangnya yang nak balik ... emmm teringatla pulak my abang pulak baru je pergi keje semalam. 3 minggu cuti, 3 minggu bersama buat mcm2 aktiviti, terasa macam kosong je hidup. (oh..jiwangnya aku...)

Aku ni, kalau hubby tak de, kena berdikari buat semua perkara. Dan yang peliknya, kalau apa2 hal nak berlaku contohnya mcm paip air bocor la, bateri kereta kong ke,anak demam ke.. ..semuanya berlaku time hubby kat offshore. Mula2 dulu, rasa stress jugak la, rasa cam penat semacam. Tapi sekarang tak lagi. Hubby selalu pesan, aku kena sesuaikan diri menjadi isteri orang offshore. Alhamdulillah, setelah 5 tahun, aku rasa semakin kuat dan tabah.

Hubby seorang yg separa romantik. Nak kata romantik sangat, tak jugak. Nak kata tak romantik, ada masa romantik jugak. hihihi. Seingat aku, baru sekali hubby hantar bunga ke opis sepanjang perkahwinan kami. Itu pun diawal perkahwinan...aku merajuk. Semakin bertambah usia perkahwinan, semakin kurang pulak sikap nak merajuk2 ni. Paling tak, kalau terasa hati, aku diam. Bila dah cool, cakap la kembali. Antara kami, memang ada sesuatu yang membezakan. Aku, kalau marah, suka diam. Tak suka pun aku diam. Tapi hubby terbalik pulak. Kengkadang tu bila dia bising; aku diam, dia lagi lah bising. hihihi. Nak buat mcm mana, kan.

Kalau hubby ada dirumah, dia rajin sungguh mengodek dan mengemas. Takat basuh baju tu, ditanggung bereslah. Dan, sejak pindah umah ni, hubby memang aku tengok semakin rajin. Basuh pinggan, tanam pokok... :P Harap2 kerajinan hubby ni berpanjangan ler...

Semalam, sebelum balik, macam2 dia pesan. Buat itu, buat ini. Dan hari ni, habis je exam, aku amik hadif kat umah mak dan terus balik umah. Terus mengemas umah, dan buat apa yang hubby pesan semalam. Bila tinggal berdua je dgn hadif, mula la aku susah hati. Risau je memanjang. Tapi apa yg aku boleh buat. Bak kata hubby...tawakkal sahaja pada Allah.

Apa pun, bila berjauhan, terasa eratnya perhubungan. Walaupun usia perkahwinan kami masuk angka 5, tapi bila bercakap telefon, paling koman 40 minit kami bersembang.(thank you to HAPPY) ada sahaja perkara nak dibincangkan. Dan, aku selalunya berkongsi cerita dgn hubby.

emmm...cepatlah 2 minggu berlalu. Bila hubby ada, terasa selamat. Tak perlu bimbang dan risau bila tido malam. Bila hubby ada, bila dia bising2kan aku, aku rasa rimas, tapi..serius..bila dia dah balik keje..rasa sunyi je..rindu nak dengar suara hubby bisingkan aku..bisingkan hadif... p/s: bisingla lagi yang...rindu...

Inilah idea yang aku dapat bila baca blog kak anie..

Tuesday, November 11, 2008

wish me luck

Tomorrow is my Psychology final paper. Gerun sungguh, tapi malas nak fikir2 sangat takut sakit kepala menyerang balik. Tak lalu nak telan ubat, dan amatlah takut kalau tiba2 blank. Mintak dijauhkan. Tak sabar nak tunggu habis paper, pas tu memang nak ajak hubby gi bercuti. Pagi tadi, time hantar aku ke opis, hubby menyakat ajak tido kat golf club dekat umah kami ni. Tak mo ku, sekangkang kera jek dari umah. Baik tido kat umah jek. Lagi best. kekekek. Rasa cam Boh plantation dah memanggil2...minum teh and makan muffin...oh bestnye...

oklah, wish me luck ok. Tahun ni tak de hiatus or hibernate dimusim exam. Ada masa akan di update lagi.. :)

Monday, November 10, 2008

Weekend Marathon

Dah boleh online kat umah pun tak sempat nak up date blog dari rumah. keBZ-an yang melampau. (chait...ye ke bz...) Buku pun tak sempat nak dipegang, agaknya gitulah suri2 rumah yang tak bekerja tu kan. Dari celik mata, sampailah nak tido...kerja tak pernah habis2.


Saturday sempat bawak hadif ke Q-dees kota kemuning. Cadangnya next year nak hantar hadif ke situ. Mahal jugak fees dia. But hubby said insyaallah no problomo..hehehe cuak jugak bila tengok utk setiap 3 bulan fees dia dalam 1100++ plus extended hour programme RM180. Tapi, tengok dia punya presentation of program memang bagus, cumanya kami ni bimbang dia tak nak pulak, maklumlah, dah 2 tahun kat Genius Aulad. So kami hantar dia dulu bulan pertama...tengok dia ok ke tak, but hubby kata dia yakin Hadif ok. Budak tu kan ke mesra alam punya jenih. Ngeh..ngeh..ngeh..

Lepas ke Q-dees terus ke SMC. Aku ada appointment dgn Dr. Zainal. Tapi sampai sana Dr. Zainal refer pulak ke Dr. Shuguna. Now tengah on medication, next week kena pergi balik. Sempat la breakfast kat SMC makan nasik dgn ayam seketui which is cost me RM5.00. Melampau kan?

Balik dari SMC singgah umah mak sekejap, pas tu balik umah. Mak ngah abah datang minum petang kat umah. Sunday pulak sempat ke Pasar Stadium (tu nama yang aku ngan mak bagi..kihkihkih) beli tikar utk diletak kat dinning area. Balik tu, masak2 sikit utk makan tengahari, lepas zuhur keluar ke Bukit Tinggi Klang. Hantar table lamp yang ada gangguan perasaan tu. Pas tu konon nak bawak mak pi tengok lampu kat ALFO, tapi sebelum tu dah terserempak (boleh ke guna perkataan terserempak? kakakkaka) dgn Restoran Sate Hj. Samuri. So, singgah makan sate sampai lupa pasal ALFO, hihihi. Lepas tapau sate utk abah yang tinggal diumah jaga Hadif (gi kedai lampu tak leh bawak hadif...nanti stresssss) sambung cari kedai lampu ALFO balik. Bila dah sampai kat ALFO, mula la merapu. Mak yang nak beli lampu, tapi kami yang terbeli lampu. Ingat nak cari stand lampu nak letak kat bilik hadif, tapi hubby kata nak letak je lampu gantung. Rasa tak mau balik la kalau dapat tengok lampu2 nih.

Dan, aku dah jatuh hati dgn satu lampu ni...hubby pun kata cam gitu. Memang meronton hati... semoga impian nak dapat lampu tu jadi kenyataan...amin... hihihi berangan je dulu, mana tau hubby terbuka hati nak beli lampu tu.

hubby kata, tengok lampu ni, terus jatuh suka. sesuai tak kalau letak kat umah kami tu yek?

pilihan opah hadif...

Malam tak de air la pulak. Stress aje jadiknya. Opah dgn atuk hadif tido kat umah, so aku pos hadif tido dengan atuk dan opah dia. Aku dgn Hubby ada projek sikit...projek apa? heheheh adalah...






ni la projeknya..pasang rak kat atas tv tu..

tukang pasang rak(gambar sipi2 jek..tak leh bubuh penuh..sheksi)...akak ni helpernya aje...mujurlah suami ku itu boleh je buat semua benda sendiri..dari pasang rak..lampu2...dan segala2nya la... syukur alhamdulillah.
oklah, till then, nak buat kerja sikit..will up date later yek..

Wednesday, November 5, 2008

Alahai anak omak...



Pagi ni macam biasa, sebelum gi opis singgah amik nasik lemak dan order2 yang dikirim oleh opismate. Pas tu hantar hadif gi Genius Aulad. Time tu ujan renyai2..lepas dia salam dan cium aku, dia salam teacher2 dia. Time tu aku dgr teacher2 dia gelak besar..


aku pandang kat teacher2 dia tu..


Teacher: Dia kata "Mama cantikkan hari ni, pakai baju baru..."
Aku: ish..mana ada baju baru...ada je la hadif ni...(laju je aku masuk dalam kete..malu..)


masuk keta aku gelak tak henggat...call hubby citer pasal keletah anak dia tu. Sebenarnya tak pakai baju baru pun, cuma baju tu lama sangat dah aku tak pakai, so hari ni teringat nak pakai, yang peliknya, dari dalam kereta, sampailah ke sekolah dia, dia tak tegur pun aku pakai baju tu, tapi dia boleh bercerita dgn teacher dia...hadif..hadif..malu mama...mulut...kusss semangat.


Hubby dok citer, sekarang ni hadif kalau dok sorang2 tu dok praktis utk konsert dia. Kejap2 dengar dia cakap "action.." pas tu cakap "cut" Dah la hari tu waktu aku tanya Teacher Iza, hadif terlibat tak dalam lakonon utk majlis ihtifal tu nanti, teacher cakap hadif terlibat. Siap memilih watak lagi tu..teacher tanya hadif nak jadi orang perang ke orang pengsan...dia jawab "tak nak la jadi orang pengsan.." Memilih..teacher dia cakap. Tak sabar nak tunggu 21 Nov ni, nak tengok anak bujang ku beraksi walaupun sebagai pelakon tambahan..hahahahah


Semalam pulak aku ajak dia solat maghrib sama2, tapi time aku tengah solat dia tak solat pun, dia dok main kat atas katil, tapi bila aku dah masuk rakaat akhir, dia pun dok balik sebelah aku. Pas tu aku denda dia kena solat balik semula. Kelakar je tengok muka dia. Main2 waktu solat, kena marah dgn mama terkujat2...


Anak...anak...

I poloooo

Kena tag dgn Ibu Hanna...memandangkan tag yang diberi tak memerlukan tenaga nak perah otak yang tengah berserabut ni, so I poloooo (cam dalam Sinar FM tuh..)

1. Sudah pukul berapa sekarang?
11.00 pagi

2. Apa mood sekarang?
mood cacamarba...

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
nak bercuti ke Cameron Highland atau pun mana2 tempat yang sejuk...

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
Nak hafal semua info utk final exam dgn tak payah baca buku...(boleh gitu? kekekek)

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
Nak tengok CSI yang dah banyak kali terlepas tengok nih...

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
Hubby kat umah, off duty. Hadif kat Genius Aulad...

7. Apakah waktu makan sekarang?
Belum waktu makan lagi...baru je breakfast

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
Hubby dan hadif, pas tu gelak2 sampai penat.

9. Dan Dia/Mereka sedang buat apa sekarang?
hubby tengah layan Digi Broadband dia kat umah tu... Hadif kat GA tengah practis utk konsert dia kat Dewan SUK 21 Nov nanti

10. Macam mana cuaca sekarang?
Mendung tak bererti ujan..

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa
Gi Mekah dgn hubby, hadif, bawak mak abah + Parents in law, pas tu nak buat deco umah panggil Eric Leong, pas tu bayar zakat dan selebihnya buat simpanan hari tua...heheheh tapi masalahnya ada ke orang nak bagi satu juta tunai nih?

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
Malu ler nak souvenir2 nih... tapi kalau nak bagi dialu2kan...so pada sesiapa yang gi bercuti, belikan magnet peti ais, boleh? wakakakakka tak malu sungguh.

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
Biasa2 je, time patut gelak, gelak, time patut pening, pening...(fikir paper final tinggal beberapa hari je nak tiba nih...)


14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
11.05 pagi

15.Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
nak tag siapa ni? ha,..sesiapa yang nak buat...dipersilakan...

Monday, November 3, 2008

I need a break!

I need a break!!

suka ati je nak break2 kan.. tapi memang dah rasa kepenatan dan keboringan yang amat. Last week MC 2 hari, migraine yang teruk sampai blood pressure drop. Agaknya inilah kepenantan yang dah tak dapat dibendung2. Bermula dari pindah umah bulan 9 hari tu, pas tu dengan hari raya, dgn kelas ujung minggu dan pelbagai xtvt yang membuatkan badan aku ni tak leh menerima kepenatan dah. Rabu hari tu, bangun pagi dan bersiap nak ke opis, tiba2 kepala sakit yang amat, sampai berpeluh2 menahan sakit. Hubby bising tak kasi pi keje, terus hantar ke klinik. Sampai klinik doktor bgtau blood pressure drop, boleh pengsan. Nak kata aku stress sangat, tak la pulak. Tak respond pun pada kesibukan dan xtvt yang memenatkan. Tapi agaknya badan ni tak tak boleh terima. Kepenatan yang tertangguh. Konon2 nak mintak dimanja2kan la kot..heheheh

cakap dgn hubby, after my last paper 18 November ni ingat nak gi ilangkan stress ke Cameron Highland. Rindu rasanya nak ke sana. Tak pernah jemu la kalau naik ke Cameron tu.. hubby pun cam xcited jek... tapi hati aku pulak berbelah bahagi... terasa nak jugak ke Genting Highland. Sejak Hadif ada ni tak pernah pun naik ke atas tu walaupun every month lalu lalang on the way nak balik ke kampung. Hubby pun xcited jugak. Siap ajak gi ujung minggu nih..heheheh tapi ujung minggu ni belum habis exam maaaa... cam tak boleh enjoy je kalau ingat exam belum habis. Tertekan ahkak. hehehehhehe apa pun, tengoklah, kalau rasa badan tak penat, naik jugak genting ujung minggu ni. Dah rindu nak memetik picu DSLR ku itu... lagi pun kat umah dah boleh on line dah, kami beli DIGI broadband. Oklah, tapi tak la selaju streamyx. Janji boleh online sudah. Dari tak de? terkulat2 je kat umah tu..heheheh

Last saturday aku dok buat keje2 domestik. Keje bibik..heheheh dari membasuh, melipat kain, vacuum umah, pas tu mop lantai. Complete atas bawah. Petang sementara Hadif dan babah dia lena, aku siapkan lipat kain yang berbakul2 tu. Malam hubby bawak pi Ikea, beli beberapa barang umah yang tak complete lagi, tapi sebelum mula shopping kena makan dulu, sempatlah aku jumpa Eliana yang berlakon citer renjis. Comel la dia...tapi tak teringat pun nak amik gambar dia. Sempat la beli barang sikit kat Ikea tu, hubby cakap beli kayu dgn besi pun sampai 500 hengget. Gile kentang betul kan, walhal bukannya banyak pun, tapi memang nilai duit sekarang ni dah tinggi. Sebelum tu pun kami beli barang2 dapor, pun tak banyak, amik susu hadif 3, juice peel fresh, susu segar, air mineral, shampoo, sabun basuh, pas tu ada 2 jenih biskut hadif, dekat RM300. Bising gak hubby, beli semua barang jenih air jek dah dekat 300. Barang basah tak beli pun. Beras pun tak beli. Memang la mahal barang2 sekarang, dan cost of living pun memang tinggi. Jenuh la kalau dok kat bandar ni, kena berjimat cermat. Dalam berjimat cermat pun teruk jugak. Itu kami yang anaknya baru sorang. Yang ramai anak tu cam mana la pulak yek.. cam hadif, satu tin susu cost us dalam RM72++, minum pulak bukan cukup 2 tin sebulan, makanan2 tambahan dia lagi, yuran sekolah dia lagi, tu tak masuk duit toys yang dia selalu pau mama dgn babah dia lagi, ... tak ke haru..hehehhe.

Apalah citer yang aku merapukan ni, layan aje la yek..citer bluess utk aku nih...
oklah, nak siapkan report. Besok boss nak meeting...till then..

Tuesday, October 28, 2008

Kehilangan

Last Friday aku kehilangan opah pahang. Serasa tak percaya sebab baru je hari raya keempat hari tu aku balik ke Kg. ketapang Tengah, Pekan. Masih terasa dan tergiang2 suara arwah waktu aku peluk nak balik ke Lanchang tempohari. Aku sempat pelawa arwah opah ke rumah aku. Rumah baru yang belum pun sempat opah kunjungi. Arwah dgn ketawa bagitau aku yang dia nak datang umah aku ramai2...cuti sekolah nanti.

Hari Jumaat tu aku bertugas utk Open House GMSB. Dalam pukul 4.15 tu hubby datang, bawak Hadif, mak dan abah. Time Pak andak call bagitau tu aku baru nak suap makanan dalam mulut. Terus terkedu dan patah selera. Lepas inform boss dan kawan2 aku terus balik umah, kemas2 dan lepas maghrib tu bertolak balik.

Ceritanya arwah opah on the way nak balik ke Pekan bersama2 makcik yati aku. Dalam pukul 2 petang waktu mereka sampai ke Kota Tinggi, sempat arwah menelefon mak long aku yang dia nak singgah ke rumah mak long keesokkan harinya selepas balik dari kenduri kawin di keratong. Dalam pukul 4 ptg kereta myvi yang dipandu oleh makcik yati dilanggar dari depan oleh sebuah kereta wira yang gagal mengawal kereta selepas memotong di double line. Arwah opah meninggal di tempat kejadian, patang leher dan tulang belakang. Makcik Yati aku masih di Kuantan Specialist Hospital, baru lepas masuk besi kat tulang peha.

Arwah opah tinggalkan kenangan yang indah2 sebelum dia pergi. Mak usu cerita, 2 minggu opah di Batu Pahat opah masak macam2 masakan. Tahun ni jugak arwah ikutkan aje apa yang anak2 suruh, contohnya bila mak usu nak belikan handbag baru dan kasut baru, arwah terima aje tanpa banyak cerita, selalunya arwah ni payah nak terima, tak mahu susahkan anak2...dan sebelum hari kejadian, arwah beli cadar dan telekung baru.

Waktu aku kucup dahi opah, walaupun terasa sejuk tapi wajahnya sungguh tenang, tersenyum.

Alhamdulillah, Arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan Ketapang Hilir, Pekan, Pahang. Bersebelahan dengan kubur arwah atuk. Semoga Arwah opah diletakkan dikalangan orang yang beriman... Al-Fatihah.

Monday, October 20, 2008

mana email tu pergi....

Lama tak up date blog. Super duper busy plus internet tak dak kat umah. Boring tahap gaban. Tapi hubby janji dia balik dari laut nanti nak pi register kat digi. Kat kawasan umah kami tu, line tipon pun line digi...bersama mu...yang orang kuning ada dimana-mana tu. Line tipon pun lepas ni nak tukar ke digi. Masih boleh mengekalkan nombor lama. Kalau guna line maxis, cam cakap dalam gua layaknya.

Lately ni sangat penat menyiapkan assignment. Sumer subject due dia minggu ni. Hadus... sampai migrain2 ahkak dibuatnya. Mujurlah Hadif dah besar, dah boleh berdikari, sampai time mama dia terbaring sakit kepala, dia survive la sendirik. Cepatkan masa berlalu, terasa diri ini semakin tua..huhuhu

Kak sya, thanks ye invite intan utk OH kak sya sekali gus cam gi birthday party kak sya, tapinya hari tu intan ada kelas, doakanlah lecturer cancel kelas petang...dapat la gi umah kak sya... psst..kejikan doa gitu? musim2 raya ni memang la stress kalau kena pi kelas. Tak sabar nak habiskan belajar...pas tu leh la buat aktiviti2 seropa orang lain.

p/s: Ada beberapa orang yang Intan hantar invitation tapi tak dapat. Tak tau dimana silapnya, apa pun, tak yah la tunggu OH lagi..jemput aje la datang umah yek.. ibu hanna... jangan tak tau, awal2 lagi akak dah email tau...tipon opis pun awak coooti panjang...raya sangat...heheheheh

and..to hasney..gambar raya tak banyak amik pun..yang ada cuma dari camera hp adik intan jek. Mood raya tak berapa nak ada, hubby kat offshore time tu. Sebagai memenuhi permintaan, intan tepek satu gambar ni yek... :P

tiada dalam gambar: Hubby yang kena beraya diperantauan (emo sendirik..apa kes? hehehe) dan kak yang yang tukang amik gambar..sorry la kak yang, tak dapat nak enteprame kan muka kamu yang giler kuasa tu..heheheh

Monday, October 13, 2008

Alhamdulillah, selesai sudah..

Phew... at last, dapat jugak up date blog. Kenduri kesyukuran dan rumah terbuka dah selamat berlangsung. Semua serba sederhana saja, alhamdulillah. Terima kasih buat kak sya dan yanT yang sudi menghadirkan diri ke teratak intan yek. Terkurang layanan tu harap dimaafkan. Sibuk sungguh hari tu, sampai adik intan kata intan ni macam buat kenduri Hadif nak bertunang. Biasalah kan, nak menjamu orang makan, semestinya kita nak buat yang terbaik, dan sekiranya ada kekurangan tu..mohon lah dimaafkan...yang tak dapat hadir tu tak pe, may be bukan rezeki kita nak berjumpa, tapi kalau ada dekat2 umah intan, jemput la datang beraya...

Penat tok sah nak citer la..dari mula nak buat persiapan tu, sampai hubby kata lepas ni kita kenduri time hadif kawin aje la yek...heheheh cakap orang dah penat. Tapi hati puas, lepas dah hajat nak buat kenduri kesyukuran dan menjamu kawan-kawan makan. Alhamdulillah.


Semalam ada kelas. Lepas tu ke stesen bas, hantar MIL and FIL nak ke Kuantan. Seterusnya kami ke Bandar Puteri Klang, menghadiri rumah terbuka kawan opis. Sebenarnya time sampai tu orang dah balik. Dan kami ni lebih kepada memenuhi undangan je, tapi hubby kata mee kari dia maveles. Hubby memang suka makan mee kari. Peh tu pi tmn Lestari Putra, rumah heda, my junior time sekolah dulu. Time tu hadif buat perangai la pulak. Mengamuk2 dia nak tengok ipin and upin from heda's mobile phone. Hangin je babah dia. Apa lagi, babah dia bersyarah la sampai ke rumah. Aku diam je time tu, malas nak campur. Sampai je umah, kak ziela call, nak beraya. Kesian dia dan family, aku hidang nugget dgn fries jek. Itu je yang ada dalam almari ais aku tuh..
Lepas kak ziela balik aku tergolek dah. flat giler. pinggan pun tak larat nak basuh. Mujur hari ni hubby baik hati tolong clearkan dapo..alhamdulillah.

Hari ni kerja pack giler, Malam pulak ada discussion dgn kak chik, untuk video presentation. Ikutkan hati memang tak daya dah, tapi kuatkan jugak la semangat...esok half day leave, nak pi uitm siapkan assignment. Oklah, dah berkali2 tersengguk2, till then,..selamat menghabiskan raya...:)

Thursday, October 9, 2008

Entry paling laju..zassst

Selamat Hari Raya, Maaf Fizikal Mental..hehehe tahun ni Hadif beraya dgn mama di kg Opah..(chait..mcm jauh sangat..sepelaung je dari umah kami tuh..) Babah raya kedua baru balik...kena keje.....tapi mama cool aje kan..yelah..persediaan fizikal mental dah dibuat dari sebelum kawin dulu...)

Fuh...tulun sapu sawang sikit kat blog kami nih..kuikuikui..
Sebenarnya banyak sangat stori mori yang nak ditulis, malangnya, masa begitu mencemburui saya nih haaa...lepas je raya, dengan kerja kat opis melambak2..pas tu dgn macam2 hal lagi la yang tak membenarkan diri ni nak memblog.

Hari ni, pagi ada meeting for majlis rumah terbuka GMSB, pas tu stright ke Open House Quality Hotel..allah hurabbi..ramainya manusia dek sebab makan free...kalau tak kerana lepas tu ada discussion dgn pihak hotel tentang menu utk majlis open house kami nanti...tobat la acik tak mo pergi ...makan pun kena berdiri.

Balik kerja ni nak pi beli barang pulak...untuk apa yek? heheheh hajatnya nak buat makan2 sikit..dan dikesempatan ni, nak menjemput kawan2 blog yang mengenali diri ini... hadir ke majlis yang tak seberapa tu yek...Mc Ta...jangan tak datang tau...addressnya Intan private message yek...

Monday, September 29, 2008

Jawab tag Su-E

Hari ni baca blog Su-E, sorry la dik, lama tak dapat berblog, nak jenguk2 blog orang lain, so hari ni agak lapang sikit, sempat singgah lelama sikit...so sebelum cuti raya nak jawab dulu tag su-E ni..takut lama sangat nanti terlupa pulak

Nama-Nama timangan Anda:

Hubby panggil: Yang...kadang2 Awak jek..

Family: Mak abah panggil Intan, adik2 panggil Along

Kawan2: Kawan2 skolah panggil Azila, kengkawan ITM panggil Kak Intan @ Intan, kawan2 opis panggil Azila.

Insan Teristimewa? Describekan Dia Terlalu Istimewa di mata anda:

Hubby: Teman ketawa..teman menangis..teman bergaduh..teman segala segi..

Hadif: My beloved son. Telatah yang membuatkan mama dia ni sengih sorang2.

Family: Tanpa keluarga..siapalah kita kan...

Lagu kesukaan anda: Tak de yang specific..layan sumer lagu termasuk lagu2 rakyat.

Makanan kesukaan anda: Apa2 aje lah, asal halal.

Warna kesukaan anda: Earth Colors

Sikap yang membuatkan anda Stress: Jadi tak tentu arah kalau dah penat. Time tu kalau pegang benda boleh terlepas, kalau cakap leh jadi merapu...eik..tak suka tau..

Tiga Benda yang mesti ada dalam beg anda: Wallet, handphone & pass keje

Kali terakhir anda menangis & kenapa: Masa company buat majlis berbuka puasa, tengok wajah2 bersih anak2 yatim yang datang...hati jadi sebak..

Tag rakan anda: Tak mo pilih2 la...sesiapa yang baca blog ni, kalau sudi nak jawab tag, dipersilakan okeh..

Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Semua...

Maaf Zahir & Batin

Daripada:

Shamsul, Intan & Hadif Khawarizmi

Thursday, September 25, 2008

Majlis Berbuka Puasa

Company buat Majlis berbuka puasa. Selalunya kami akan invite bersama anak2 yatim, and tahun ni Rumah Amal Siraman Kasih jadi pilihan. As one of the committees, memanglah letih bila kena organize majlis begini. Tapi rasa puas hati tengok tak de komplen dari staff yang lain.

Inilah wajah2 comel yang boleh membuatkan aku menangis. Setiap tahun, without failed aku mesti menangis. tak boleh bayang kalau Hadif kena lalui kehidupan macam anak2 itu. Sungguh aku tak sanggup. Tertib aje anak2 ni tau, tak notti pun. Tahun ni, ada satu insiden, time anak2 ni turun dari bas, hati aku dah sayu tengok wajah comel tu turun. Pas tu aku tengok ada sorang budak tu, pakai baju melayu warna pun lebih kurang baju anak2 yatim tu, pegang songkok..dok memandang rakan2nya turun dari bas. Dalam hati aku dok kata..kesian budak ni..gaya mcm umo sama dgn anak aku...kecik2 dah jadi anak yatim..sambil tu lap air mata..sedih! Bila budak tu pusing mengadap aku..aku tengok rupanya budak tu anak officemate aku. Ceh..penat je jiwang tadi..kihkihkih..

Tengok muncung tu? ada gaya muncung keibuan tak? lama dah tak pegang baby. Sangat kekok okeh. tu anak officemate aku, Waffiy nama dia. cute sangat. Keletah, pas tu cerdik. Rasa nak angkut bawak balik (geng hadif la ni..) Bestnya dapat peluk2..cium2..gomol2.. aduh..sungguh rindu nak ada baby nih...heheheheh

Get well dear...

Badan kat ofis, hati kat umah. This is my feeling now. Seriously rasa down sebab tak dapat nak cuti hari ni. Hadif dah 3 hari tak pi skul. Kena food poisoning. Hari pertama tu, dia kena petang Isnin. Rasa luluh hati tengok dia menangis sakit perut dan muntah2. Julung kali sungguh dia begitu. Selalu, kalau demam pun tak pernah merengek. Paling tidak dia tido. Pagi tadi, time dia buang air besar, ada darah. Lagi la aku sedih. Dia nampak aktif, tu yang buat aku lega balik. Nak amik EL hari ni tak boleh, ada briefing for all Heads of department. Tu yang kena stand-by. Semoga anak manja mama ni cepatlah sembuh...muka pun dah cengkung.

Tapi, dalam tak sihat tu, mulut dia kemain lagi menjadi2. Sampai mama pun terkasima. Masa bawak dia pi klinik, dalam tak sihat dia tu, sempat dia mintak kat kakak yang bawak baby girl tu nak bawak balik anak orang tu. Kesian cik abang sorang tu, agaknya rasa sunyi kot. Dah sampai masa dia pandai mintak adik. Tapi tulah, belum ada rezeki. Kena keje lebih kuat kot? hehehehe

Hari ni sempat jengah website GA. Rasa sayu pulak nak tukarkan sekolah hadif next year. Tengok gambar dia kat website tu, rasa sedih. Diam tak diam, dah 2 tahun hadif kat GA. Dari umur 3 tahun, pakai drypers, bawak botol susu, cakap pun tak berapa paham biji butirnya..sampai dah 4 tahun ni, dah petah bercakap walaupun still ada pelat2...dah dryper's free...nampak kemajuan dia. Dari zero to hero..hehehe Dari tak kenal huruf, sekarang ni takat A-Z tu memang master. vocabulary pun dah banyak. GA memang banyak membantu. Tapinya, we think this is about time... dah sampai masa Hadif ke dunia baru. Tukar persekitaran baru. Sekarang ni, kalau pi skul tu dah tak macam pi skul. Dah macam nak balik umah opah dia ke..nak balik umah sendiri ke...tu yang bila buat reading ke, buat exercise ke dah malas2..dah selesa sangat. Biar dia jumpa sesuatu yang baru. Biar dia keluar dari confort zone dia.. May be a trial session at Smart Reader or Q-dees?

Oklah, need to finish my work. Petang ni kalau boleh nak balik on time. Nak hunting a coffee table. Yesterday hubby dah kasi duit suh beli. Hopefully yang aku nak tu masih ada di 'situ' hehehhe. Petang ni jugak ada appointment dgn FAGOR, dia nak mai umah, ganti lampu oven yang terbakar tu. Chait, baru guna sehari dah terbakar..nasib tak rentung kuih raya ku...






Till then, babai.

Tuesday, September 23, 2008

Entry rindu

Rasa rindu nak memblog. Kat umah kami sekarang ni talian TM tak de. Dia kasi DIGI. Tapi tak apply lagi pun. Rasa boring je hidup tanpa internet ni kan. Kenapalah TM kasi kat DIGI..boring tau.

Semalam plan nak pi IKEA, tapi Hadif kena food poisoning pulak. Kesian dia, sampai lembik muntah2. Masuk air pun muntah jugak. Aku doa dalam hati, biarlah mama dia ni yang sakit, biar dia sihat. Tup tup, Allah perkenankan doa. Tak lama lepas tu aku pulak melepek. Muntah2 dan sakit kepala. Lepas buka terus gi klinik, dah doctor kata Hadif nampak ok sikit dah, aku pulak yang teruk, bp pun turun sampai 60. Adeh..

Hari ni plan nak cuti half day. Bagitau boss dia kata ok pulak. Letih yang amat. Restless sungguh sekarang ni. Assignment pun melambak nak kena buat. Hubby naik offshore besok. Tinggal la kami dua beranak. Ingat nak ajak mak abah temankan waktu malam. Rasa belum berani nak dok berdua jek. Nak tinggalkan umah pun bimbang jugak.


Sekejap je dah tinggal seminggu lebih je nak puasakan.. rasa pantas betul masa berlalu. Macam mana persiapan nak sambut hari lebaran? kami sekeluarga ala kadar aje tahun ni, aku kasut pun tak beli lagi..bukanlah semestinya nak kena beli kasut raya, tapi kasut yang ada ni dah uzur...lanyak je sampai lunyaikan, so ni dah sampai masa la nak kena ganti. Ada tak ada Hadif je la baju raya banyak helai..heheheh

psst: entry ni dah lama taip, tapi tak buat auto publish... dang sungguh kan?? apa pun hari ni hubby dah balik offshore, will be back on the 2nd day of hari raya. Ginilah nasib isteri dan anak orang keje offshore, kan?

Till then, babai..

Wednesday, September 17, 2008

We are officially moving to Berjaya Park...



Lamanya tak update blog. Windu. Actually aku coti dari hari Isnin dan terus sambung hari ni. Pindah umah. Letih tahap gaban okeh. Kami pindah barang yang besar2 jek. So masih ada barang2 yang kecik2 dan merapu2 yang perlu dikemas, malangnya, kaki ku ini sudah sakit sangat, dan tak larat. Ni yang bersiaran dari bilik lama...umah baru tak de line internet. Paling sedih, line yang ada cuma line Digi. Aduh..mati kutu la kami nanti.. :(

Semalam pasang kitchen kabinet. Yang sedihnya, salah seorang pekerja tu terminum tinner yang diorang sendiri letak dalam botol minuman coca cola. Jenuh pulak mencari klinik yang bukak 24 jam, dah tu klinik tak de alat nak buat procedure, refer pulak ke Selangor Medical Centre, dah tu pesakit pulak tak cooperative, hantar pulak pi Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Nak pitam pun ada bila berada di Bahagian kecemasan ni kan. Muka hubby pun cuak giler. dia lagi la, mabuk darah. hehehehe

Dekat 2 jam jugak la brader tu kena tunggu sementara nak dapat katil. kesian tengok dia. Datang nak cari rezeki, buat kerja, pas tu terminum tinner pulak. Dalam hati ni tak berhenti berdoa moga dijauhkan Allah dari perkara buruk, dan alhamdulillah, tadi dah pergi visit brader tu kat hospital, doktor kata ok, tak de apa2 dan insyaallah esok boleh balik. Fuh..lega...alhamdulillah.

Hari ni hari mengemas sedunia. Habuk papan yang memenuhi rumah dah pun dibersihkan. Jenuhnya nak kena mengemas hari ni. Dari pagi tak duduk2...siap kemas dapur, kemas hall pulak, pas tu dining hall pulak, cam nak pengsan. Time2 gini la terfikir, kalau la ada maid, kan best. Tapi time2 gini je la, kalau time2 tak buat kerja, rasa selesa dan bimbang pulak nak simpan orang asing dalam rumah. Tapi...sebenarnya tak larat ler nak mengemas atas dan bawah ni. Serius...babah...tulun...

Buat masa ni, memang pening kalau tengok kotak2 yang menimbun2 dalam bilik kat bawah tu, tapi tak pe, janji dah bawak barang masuk, kemas tu pelan2 kayuh la kan..perabot bilik Hadif pun baru sampai petang tadi, tak sempat nak mengemas apa pun. Tengoklah esok ke baru nak mengemas bilik tuan kecik tu. Astro pun belum install. Dah sign up, orang tu kata dalam minggu ni nak pasang. Pendek kata, pindah umah ni memang la memenatkan. Mujurlah bukannya kena pindah banyak2 kali..

Kengkawan, insyaallah, kalau diizinkan Allah, saya jemput ye datang ke rumah utk kenduri kesyukuran. Tapi tarikh dan waktu belum dapat di confirmkan lagi. Semuanya akan diberitahu kelak :)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!